Seri Karpet Masjid Tuminah Hamidi

Mercu Islam di Bagan Datuk

Masjid Tuminah Hamidi yang dibina pada tahun 2017 berdiri megah pada tahun 2023 dirasmikan sebagai mercu tanda islam di Perak . Seni bina yang indah serta reka bentuk dalaman yang unik menjadikan masjid ini bukan sahaja pusat ibadah , malah simbol kebanggaan masyarakat setempat.

Perasmiannya oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah manandakan satu pencapaian besar dalam pembangunan komuniti Islam di Bagan Datuk , sekaligus mengangkat masjid ini sebagai lambang kesatuan , keindahan dan kemegahan syiar Islam di Perak.

Karpet melambangkan Identiti

Pemilihan karpet di ruang solat jelas melambangkan identiti serta keindahan seni bina masjid tersebut. Dengan tona biru yang lembut dan motif geometri yang teratur, karpet ini bukan sahaja menyerlahkan keanggunan ruang dalaman , malah mewujudkan suasana ddan harmoni untuk para jemaah.

Keseluruhannnya , karpet ini menjadi pelengkap sempurna kepada seni bina masjid , menyatukan fungsi , estetika dan keselesaan dalam satu hamparan yang indah.

Bagikan Postingan: