Masjid An Nasriyah, Sitiawan
Video dan interview ini diambil selepas 4 tahun karpet di pasang masih dalam keadaan baik dan masih ramai tidak percaya kualiti seperti baru dipasang dalam bulan lepas
Masjid An Nasriyah, Sitiawan mula didirikan pada tahun 1914. Pada tahun 2018, masjid ini telah dibinakan semula dan telah menjadi tumpuan orang-orang Islam dari luar daerah yang datang melawat ke Sitiawan. Corak karpet masjid ini juga unik kerana mempunyai bulatan yang dihiasi corak berusur flora serta garisan saf yang mempunyai corak batik dan geometri. Warna yang menjadi pilihan pihak masjid untuk karpet Masjid An Nasriyah ialah biru, hijau lumut dan coklat.