20/03/2026

Pemasangan Karpet Masjid Jamek Ulu Gali Raub

Gambar kad projek karpet Masjid Jamek Ulu Gali Tok Machang Raub, bahagian dalam dan luar

Masjid Jamek Ulu Gali di Kampung Tok Machang, Raub, Pahang siap dibina pada tahun 2023. Sebagai pusat ibadah baharu untuk kariah setempat, masjid ini turut menjadi nadi kepada pelbagai aktiviti keagamaan dan komuniti. Projek ini melibatkan pemasangan karpet custom made untuk ruang solat masjid. Lihat lokasi masjid.

Tujuh lelaki memegang dua sejadah imam bujur berwarna krim dengan sempadan hijau tua dan motif bintang hijau, di hadapan dinding gerbang dan mimbar kayu Masjid Tok Machang

Gabungan Geometri dan Batik di Masjid Jamek Ulu Gali

Untuk melengkapkan suasana ruang solat, Nusantara Carpet memasang karpet Radeyah Mosque dengan rekaan khas berunsurkan geometri dan batik. Elemen geometri memberikan kestabilan visual, manakala motif batik halus membawa nilai seni dan warisan budaya.
Rekaan khas ini menggabungkan dua unsur dalam satu karpet. Elemen geometri memberi susunan yang kemas dan stabil pada pandangan mata, manakala motif batik yang halus mengingatkan jemaah kepada seni dan warisan budaya tempatan. Gabungan ini membantu ruang solat kelihatan tenang dan bermakna.

Saf karpet menghala ke mihrab Masjid Jamek Ulu Gali Tok Machang.
Dewan solat dengan saf karpet krim bergaris hijau menghala ke tingkap dan pintu

Apa Kata Mereka?

Selepas 1 tahun pemasangan, karpet masih kelihatan seolah-olah baru dipasang. Ramai jemaah di Masjid Ulu Gali berkongsi rasa kagum dengan ketahanan, kelembutan dan keindahan karpet ini. Pengalaman ini menunjukkan karpet custom made yang dipilih dengan teliti boleh kekal cantik untuk kegunaan harian.

Dokumentasi Pemasangan Karpet Masjid Ulu Gali

Perjalanan projek pemasangan karpet di Masjid Jamek Ulu Gali didokumentasikan sebagai bukti usaha bersama dalam memberikan ruang ibadah yang lebih tenang, indah dan penuh makna. Dokumentasi ini memaparkan peringkat-peringkat pemasangan karpet di masjid.

Mahu karpet custom made seperti ini untuk masjid atau surau anda? Hubungi Nusantara Carpet untuk sebut harga.

Baca Juga Blog Lain

Tekan sini untuk membaca blog – blog  masjid tempatan dan dunia.

atau ingin mendalami ceramah – ceramah agama? Baca di sini >>>

Fahami kepentingan berwakaf dan tips tips nya di sini >>>

Artikel Terkini

Karpet custom made

KARPET CUSTOM MADE
YASIN RAUDHAH
KAAYNA RAUDHAH
TAAFIZ RAUDHAH

Perlukan nasihat tentang karpet masjid?