pilihan no 1 masjid utama di malaysia

TAHUN PENGALAMAN KAMI
0
TAHUN PENGALAMAN KAMI
0

TENTANG KAMI

Nusantara Carpet ialah pengilang dan pembekal karpet masjid bumiputera yang berpengalaman dalam pembuatan, pembekalan dan pemasangan karpet komersial. Kami menumpukan sepenuhnya kepada karpet masjid sebagai amanah untuk memartabatkan seni dan identiti Islam Nusantara di mata dunia.

Dengan kata lain kami bukan sekadar memperbaharui karpet dengan corak indah tetapi kami juga memastikan setiap hasil berkualiti tinggi mampu bertahan 10–20 tahun, agar sumbangan masjid dimanfaatkan sepenuhnya.

Justeru itu, dengan semangat dakwah dan seni, Nusantara Carpet bertekad mengangkat martabat masjid Malaysia di pentas dunia melalui keindahan seni bina dan karpet beridentiti unik.

Dua pekerja memotong dan memasang karpet saf kuning bercorak bunga kecil di penjuru dinding dengan lapisan pelapik merah jambu di bawahnya
Pekerja bertopi hitam melutut memotong kemasan corak pada karpet hijau tua bermotif bintang keemasan menggunakan alat pemotong elektrik

dimiliki sepenuhnya bumiputera muslim dan kontraktor cidb g3

Berkonsepkan menawarkan karpet masjid customade, kami menawarkan corak karpet masjid customade secara percuma demi menzahirkan lagi matlamat syarikat untuk membina identiti masjid di setiap kawasan supaya menjadi sebuah identiti agama islam dan menarik lagi minat kepada masyarakat untuk mencintai dan mengangungkan masjid dan menghargai masjid di kawasan setempat.

Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia bagi Nusantara Carpet Concept dengan jata negara di bahagian atas
Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera Kementerian Kewangan Malaysia bagi Nusantara Carpet Concept dengan jata negara di bahagian atas
Perakuan Pendaftaran CIDB Malaysia bagi kontraktor Nusantara Carpet Concept dengan logo CIDB di bahagian atas

“Teman ibadah anda” mencerminkan hasrat kami di Nusantara Carpet untuk menyediakan karpet berkualiti yang menjadikan ibadah lebih selesa dan bermakna. Dengan sokongan pihak masjid, kami berusaha menjadi peneraju dalam pengeluaran karpet masjid serta membantu menaik taraf infrastruktur demi kemajuan ummah. Kami ingin menyumbang tenaga dan ilmu demi meraih keberkatan serta keredhaan Ilahi.

lebih yakin dan selesa bersama nusantara carpet

Projek Lain yang Kami Jayakan

Selain projek komersial, kami juga berpengalaman dalam pemasangan karpet untuk pelbagai jenis ruang lain.

Lihat lebih banyak projek kami di halaman | Projek Masjid & Surau| Projek Komersial | Projek Histana | Projek Hotel.

Mahu bukti nyata? Baca sendiri pengalaman dan ulasan pelanggan dalam halaman testimoni kami.​