
Transformasi ruang solat : Dari Biru ke Hijau Zamrud
Nusantara Carpet berasa amat bertuah kerana diberi kepercayaan untuk menaik taraf ruang solat di Masjid Tunku Abdul Rahman Putra. Projek ini bukan sekadar tentang penggantian material, malah satu usaha untuk meningkatkan kualiti ibadah melalui keselesaan karpet yang lebih premium, empuk, dan menenangkan jiwa bagi seluruh jemaah di Selangor.


Setiap helaian karpet yang kami pasang di Masjid Tunku Abdul Rahman Putra melalui kawalan kualiti yang ketat. Dengan spesifikasi yang tahan lasak dan material yang mesra pengguna, karpet ini direka untuk kekal cantik dan selesa walaupun menerima trafik jemaah yang tinggi setiap hari. Kepuasan pihak AJK dan senyuman para jemaah adalah bukti komitmen kami dalam memberikan yang terbaik untuk setiap rumah Allah yang kami santuni.
