Kisah Di Sebalik Masjid
Umumnya, setiap masjid mempunyai cerita dan keindahan tersendiri. Masjid At-Taqwa, Padang Tembak, yang terletak di Teluk Intan, Perak, merupakan tempat utama bagi penduduk setempat menunaikan solat dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan.
Sebagai pusat ibadah masyarakat, masjid ini sentiasa menjadi nadi penghubung komuniti dengan suasana yang mesra dan penuh keberkatan.
Untuk menarik lebih ramai jemaah serta memperindah ruang solatnya, pihak masjid telah memilih khidmat kami pada tahun 2020. Mereka membuat keputusan untuk menukar karpet mereka dengan nusantara carpet.


Sebelum
Selepas
Karpet bercorak batik dan geometri, yang direka khusus dengan gabungan corak putih dan emas di atas latar belakang merah.
Pemilihan ini memberikan sentuhan elegan dan mewah, sekaligus menyerlahkan keunikan suasana dalamannya.
Bagi kami, ia bukan sekadar projek biasa, tetapi satu penghormatan kerana diberi peluang menghiasi rumah Allah dengan hamparan yang penuh nilai seni dan ketelitian.
Menariknya, karpet ini bukan sahaja indah dipandang malah memberikan keselesaan pada setiap langkah jemaah. Tambahan lagi, tekstur karpet yang gebu dan tebal, ruang solat terasa lebih damai, sesuai untuk menambah kekhusyukan ibadah.
Apa Kata Mereka?
Setelah 4 tahun digunakan, pihak masjid akhirnya tampil memberikan ulasan rasmi mereka. Bagaimanakah keadaan karpet yang telah dilalui ribuan langkah setiap hari sepanjang tempoh tersebut? Adakah ia masih mengekalkan kelembutan, keselesaan, dan kualiti seperti hari pertama dipasang? Ketahui jawapan mereka di setiap video testimoni dibawah:
Playlist

1:16

1:12

1:23
Inilah bukti bahawa pilihan material premium dan pemasangan teliti mampu menghasilkan hasil kerja yang bertahan lama.
Kenapa Mereka Pilih karpet Ini?
Karpet yang digunakan di Masjid At-Taqwa ialah jenis Safaraz Mosque, direka khusus untuk memberikan ketahanan dan keselesaan jangka panjang.
Dengan kualiti benang 100% Polypropylene, karpet ini menampilkan tekstur yang tebal dan gebu, sesuai untuk ruang solat yang menampung jemaah setiap hari.
Ketebalan karpet mencapai 16mm pada pile height dan 18mm pada total height, menjadikannya empuk apabila dipijak serta memberi rasa nyaman setiap kali sujud.
Dari segi kekuatan, karpet ini mempunyai berat pile sebanyak 3400g/m² serta jumlah berat keseluruhan 4200g/m², yang memastikan ia kukuh dan tidak mudah rosak walaupun digunakan secara berterusan.
Ditambah dengan 1.25 juta point tenunan, ia menghasilkan corak yang halus, mewah dan penuh ketelitian, seakan-akan hasil seni buatan tangan.
Kualitinya juga dijamin dengan Primary Backing Polyester serta Secondary Backing Jute, gabungan yang memberikan daya tahan maksimum supaya karpet tidak mudah menggelongsor atau berubah bentuk.
Lebih meyakinkan, karpet ini telah diiktiraf dengan pensijilan SIRIM Certified dan Halal Certified, menjadikannya pilihan terbaik dan diyakini untuk sebuah rumah Allah. Anda boleh ketahui lebih lanjut di Halaman Produk Nusantara Carpet.
Projek ini menjadi salah satu contoh terbaik bagaimana rekaan, kualiti, dan pengalaman digabungkan untuk menghasilkan sesuatu yang bukan sahaja cantik, tetapi juga tahan lama.
Menurut kami, setiap pemasangan adalah sebuah amanah. Dan apabila pihak masjid sendiri berpuas hati serta berkongsi testimoni positif, ia adalah penghargaan terbesar yang mendorong kami untuk terus memberikan yang terbaik pada setiap projek masa hadapan.