Koleksi Pemasangan Projek Karpet Surau 2025

Enam lelaki memegang dua helai karpet merah bercorak, satu berbentuk bujur, bersama dua mesin vakum di ruang solat

Projek Karpet Surau 2025: Surau Kajang

Pandangan dekat karpet hijau tua dengan corak bunga merah, biru dan krim serta jalur sempadan krim keemasan
Pandangan luas hamparan karpet hijau tua bercorak bunga dengan dua jalur lebar krim keemasan

Berikut ialah koleksi projek karpet surau 2025 yang dilaksanakan oleh pasukan Nusantara Carpet. Halaman ini memaparkan pemasangan karpet di Surau Kajang, Surau Nurul Iman Taman Cuepas, Surau Sungai Buaya dan Surau Madrasah Nawawiah.

Pemasangan karpet di Surau Kajang membawakan suasana yang lebih tenang dan eksklusif. Dengan pemilihan corak tradisional yang teliti dan material yang lembut, ruang solat kini bukan sahaja nampak lebih luas, malah memberikan keselesaan maksimum kepada jemaah ketika bersujud. Transformasi ini nyata menaikkan seri ruang dalaman surau secara keseluruhan.

Surau Nurul Iman Taman Cuepas

karpet baru surau nurul iman cuepas yang menunjukkan corak premium
Sebelum kemasan setelah pemasangan karpet surau nurul iman cuepas
Koleksi gambar bersama AJK surau 2025 - 1

Alhamdulillah, projek penukaran karpet di Surau Nurul Iman Taman Cuepas telah selesai dengan jayanya. Karpet berwarna merah hati dengan motif emas ini memberikan aura kemewahan dan kehangatan. Ketebalan karpet yang berkualiti tinggi ini sangat membantu dalam menyerap bunyi dan memastikan jemaah dapat beribadah dengan lebih khusyuk dan selesa.

Pemasangan Karpet Surau 2025: Surau Sungai Buaya

Karpet Biru Premium di Surau Sungai Buaya
Proses Pemasangan Karpet Surau Sg Buaya

Proses pemasangan di Surau Sungai Buaya dilakukan dengan penuh teliti oleh pasukan profesional kami. Pemilihan warna biru samudera dengan garisan saf yang jelas membantu memudahkan susunan jemaah. Material yang digunakan adalah jenis tahan lasak namun tetap lembut, sesuai dengan kekerapan penggunaan surau bagi aktiviti kemasyarakatan dan solat fardu.

Surau Madrasah Nawawiah

Karpet Biru Premium di Surau Sungai Buaya Pandangan Hadapan
Karpet Biru Premium di Surau Sungai Buaya Pandangan Kiri

Surau Madrasah Nawawiah kini tampil dengan imej yang lebih segar dan bersih. Padanan warna karpet biru teal dengan struktur tiang surau memberikan kontras yang sangat menarik dan menenangkan mata memandang. Setiap inci ruang dilitupi dengan kemas bagi memastikan tiada lagi masalah karpet berkedut, sekaligus memberikan keselamatan kepada warga emas dan kanak-kanak.

Ingin melihat lebih banyak karya kami? Layari halaman Projek Masjid & Surau atau terokai pilihan karpet custom-made untuk surau anda. Hubungi kami melalui WhatsApp di +6017-225 8220, Isnin hingga Sabtu, 9:00 pagi hingga 6:00 petang.

Baca Lebih Lanjut Lagi

Tekan sini untuk membaca blog – blog  masjid tempatan dan dunia.

atau ingin mendalami ceramah – ceramah agama? Baca di sini >>>

Fahami kepentingan berwakaf dan tips tips nya di sini >>>

Share the Post: