Tazkirah: dari Food Hunting ke Masjid Hunting di Selangor

Selepas Pemasangan Karpet Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya

Kita selalu sibuk kejar port makan yang best, kafe hipster yang viral atau tempat lepak baru yang orang tengah hebohkan. Seronok, kan, bila dapat cuba sesuatu yang baru? Tapi apa kata kali ini kita tukar angin kita buat masjid hunting pula. Bayangkan dari satu masjid ke satu masjid, kita bukan sekadar singgah untuk tengok seni binanya yang menakjubkan, tapi juga untuk menunaikan solat, membaca doa, dan mengisi hati dengan ketenangan.

Setiap masjid yang kita lawati ada auranya tersendiri ada yang gah dengan kubah biru, ada yang moden dengan seni kontemporari, dan ada juga yang sederhana tapi penuh roh ketenangan. Bezanya, bila kita masuk masjid, kita bukan hanya jadi pengunjung, tapi tetamu Allah. Di situlah kita tunduk, sujud, dan mengikat diri kepada-Nya. Lebih indah lagi, setiap langkah ke rumah Allah adalah pahala, dan setiap sujud yang kita kumpulkan di pelbagai masjid akan menjadi saksi di akhirat kelak.

Masjid: Jemputan Istimewa Dari Allah

Pernahkah kita terfikir, mengapa hati kita tiba-tiba tergerak untuk singgah di masjid? Ada yang kata, bukan kita yang pilih untuk datang ke masjid, tetapi sebenarnya Allah yang menjemput kita. Masjid adalah rumah Allah, tempat paling mulia di bumi, dan hanya mereka yang dijemput-Nya sahaja akan sampai ke sini.

Ramai orang selalu kata, “saya tak sempat nak pergi masjid.” Hakikatnya, bukan soal sempat atau tidak, tetapi soal jemputan Allah. Kalau Allah tidak mahu bertemu dengan kita, hati kita tak akan tergerak langsung untuk melangkah ke masjid.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ مَسَاجِدُهَا، وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ أَسْوَاقُهَا

Maksudnya: “Tempat paling disukai oleh Allah adalah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar-pasarnya.”

[Riwayat Muslim (671)]

Hadis ini menunjukkan betapa mulianya masjid di sisi Allah. Maka, bila Allah izinkan kita singgah ke masjid, itu adalah tanda kasih sayang-Nya pada kita.

Setiap sujud kita di masjid akan menjadi saksi di akhirat kelak. Bayangkan kalau seluruh Selangor ini penuh dengan sujud kita di masjid-masjidnya, betapa banyak saksi yang akan membela kita nanti.

Perbanyakkan Tempat Sujud Biar Seluruh Negeri Menjadi Saksi

Pernahkah kita terfikir, setiap kali dahi kita menyentuh bumi dalam sujud, bumi itu akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT pada hari akhirat kelak? Bayangkan, jika seluruh Selangor ini penuh dengan sujud kita di masjid-masjidnya, betapa banyak saksi yang akan membela kita nanti. Indah sekali jika setiap tanah yang kita pijak turut mengingatkan kita dengan ibadah dan doa.

Dalam Sahih Muslim (883), diriwayatkan bahawa Muawiyah RA berpesan kepada al-Sa’ib Ibn Ukh Namir:

إِذَا صَلَّيْتَ الْجُمُعَةَ، فَلَا تَصِلْهَا بِصَلَاةٍ حَتَّى تَكَلَّمَ أَوْ تَخْرُجَ، فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنَا بِذَلِكَ، أَنْ لَا تُوصَلَ صَلَاةٌ بِصَلَاةٍ حَتَّى نَتَكَلَّمَ أَوْ نَخْرُجَ

Maksudnya: “Jika engkau solat Jumaat, maka janganlah engkau sambung dengan suatu solat (nafilah) sehingga engkau berkata-kata (dengan seseorang) atau engkau keluar, kerana Rasulullah SAW telah menyuruh kami melakukan hal itu, yakni tidak disambung solat dengan solat sehingga seseorang itu berkata-kata atau keluar.”

[Riwayat Muslim (883)]

Imam al-Nawawi rahimahullah menjelaskan dalam Syarah Sahih Muslim bahawa sunnah ini bertujuan untuk memisahkan antara solat fardu dan solat sunat, serta memperbanyakkan tempat sujud yang kelak menjadi saksi di akhirat. Imam al-Ramli pula menambah, berpindah tempat solat juga tanda kita menghidupkan tanah dengan ibadah.

Maka, setiap kali kita singgah ke masjid, cubalah untuk solat sunat di tempat yang berbeza daripada tempat solat fardu tadi. Biarlah banyak sudut menjadi saksi sujud kita di hadapan Allah. Siapa tahu, di akhirat kelak, setiap saksi itulah yang akan menenangkan hati kita saat orang lain mencari pertolongan.

Masjid-Masjid Indah di Selangor

Di Selangor sahaja sudah cukup banyak masjid yang indah dan menenangkan hati, setiap satunya ada keunikan tersendiri. Bagi saya yang pernah menjejakkan kaki ke sini, memang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Ada masjid yang memukau dengan seni bina megahnya, ada yang menyejukkan hati dengan suasana tenangnya, dan ada juga yang istimewa kerana membawa identiti komuniti tertentu.

1. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah (Cyberjaya)

Selepas Pemasangan Karpet Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya

Lebih dikenali sebagai Masjid Biru, masjid ini sangat ikonik dengan kubah birunya yang besar dan menawan. Dari jauh sudah jelas kelihatan, bagaikan simbol kebanggaan umat Islam di Selangor. Saat melangkah masuk, ruang solatnya yang luas dan seni bina Islam moden klasik membuatkan hati terasa kerdil menghadap kebesaran Allah.

2. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam)

Masjid ini pula diberi jolokan Masjid Hijau kerana reka bentuknya yang mesra alam dan moden. Saya sendiri kagum dengan konsepnya yang futuristik tetapi tetap tenang. Yang paling menarik, corak karpet di dalamnya berbentuk bunga yang begitu cantik dan menawan, hasil sentuhan Nusantara Carpet yang menambah lagi suasana khusyuk beribadah.

3. Masjid Diraja Sultan Suleiman (Klang)

Masjid bersejarah ini membawa kita kembali ke zaman silam. Seni binanya menggambarkan warisan dan keteguhan Islam sejak dahulu. Singgah di sini membuatkan kita berfikir betapa Islam sudah lama bertapak di bumi Selangor dan terus terpelihara hingga kini.

4. Masjid Setia Alam (Shah Alam)

Selepas Pemasangan Karpet Masjid Setia Alam

Tidaklah sebesar atau semegah Masjid Biru, tapi masjid ini punya keistimewaan pada kesederhanaannya. Reka bentuknya ringkas, namun suasana di dalamnya cukup menenangkan. Kadang kala kita tak perlukan sesuatu yang terlalu gah, cukup dengan ketenangan yang membuat hati rasa dekat dengan Allah.

Kesimpulan

Masjid bukan sekadar tempat singgah untuk solat, tetapi rumah Allah yang penuh dengan ketenangan, pengajaran, dan rahmat. Setiap kali kita melangkah ke dalamnya, kita membawa pulang bukan sahaja kenangan tentang seni bina yang indah, tetapi juga hati yang lebih tenang dan jiwa yang lebih dekat dengan Allah.

Kalau selama ini kita seronok food hunting atau mencari port lepak baharu, apa kata selepas ini kita jadikan masjid hunting sebagai satu amalan. Setiap masjid yang kita kunjungi bukan sahaja menambahkan pengalaman, tapi insyaAllah juga menambahkan pahala. Semoga langkah kecil ini menjadi wasilah untuk kita lebih mencintai rumah Allah dan menjadikan solat berjemaah sebagai kebiasaan.

Artikel Terkini

Karpet custom made

KARPET CUSTOM MADE

Produk Majestic Wilton Face To Face Made in Turkiye

RADEYAH

Yarn Quality : Polypropylene Heatset
Pile Height : 13mm
Total Height : 15mm
Pile Weight : 2800/m² / 85oz/yd²
Total Weight : 3600g/m² / 105oz/yd²
Primary Backing : Polyester
Secondary Backing : Jute
Point Of Yarn: 1 Million Points
Product Origin: Turkiye
( SIRIM CERTIFIED )
( HALAL CERTIFIED )

SAFARAZ

Yarn Quality : Polypropylene Heatset
Pile Height : 15mm
Total Height : 18mm
Pile Weight : 3400/m² / 100oz/yd²
Total Weight : 4200g/m² / 125oz/yd²
Primary Backing : Polyester
Secondary Backing : Jute
Point Of Yarn: 1.2 Million Points
Product Origin: Turkiye
( SIRIM CERTIFIED )
( HALAL CERTIFIED )

THAMIN

Yarn Quality : Polypropylene Heatset
Pile Height : 20mm
Total Height : 22mm
Pile Weight : 4400g/m² / 130oz/yd²
Total Weight : 5200g/m² / 155oz/yd²
Primary Backing : Polyester
Secondary Backing : Jute
Point Of Yarn: 1.2 Million Points
Product Origin: Turkiye
( SIRIM CERTIFIED )
( HALAL CERTIFIED )

Produk Royal Ottoman Axminster Made in Turkiye

SUMAYYAH

Yarn Quality : 80% Wool 20% Nylon
Pile Height : 9 mm
Total Height : 11 mm
Pile Weight : 2500 g/m²
Total Weight : 3300 g/m²
Primary backing : Polyester
Secondary Backing : Jute
Product origin: Turkiye
( SIRIM CERTIFIED )
( HALAL CERTIFIED )

AZZAHRA

Yarn Quality : 80% Wool 20% Nylon
Pile Height : 18mm
Pile Weight : 6150g/m² / 180oz/yd²
Primary backing : Polyester
Secondary Backing : Jute
Product origin: Turkiye
( SIRIM CERTIFIED )
( HALAL CERTIFIED )

ASTANA

Yarn Quality : 80% Wool 20% Nylon
Pile Height : 18mm
Pile Weight : 1900g/m² / 60oz/yd²
Primary backing : Polyester
Secondary Backing : Jute
Product origin: Turkiye
( SIRIM CERTIFIED )
( HALAL CERTIFIED )

Produk Royal Royal Dynasty Axminster Made in China

AZYAN

Yarn Quality : 80% Wool 20% Nylon
Pile Height : 8mm
Total Height : 10mm
Pile Weight : 1950 g/m²
Total Weight :2700 g/m²
Primary backing : Polyester
Secondary Backing : Jute
Product origin: China
( SIRIM CERTIFIED )
( HALAL CERTIFIED )

ZAHRAN

Yarn Quality : 80% Wool 20% Nylon
Pile Height : 8mm
Total Height : 10mm
Pile Weight : 1350 g/m²
Total Weight : 2540 g/m²
Primary backing : Polyester
Secondary Backing : Jute
Product origin: China
( SIRIM CERTIFIED )
( HALAL CERTIFIED )

KAMEEL RAUDHAH

QOM PERSIAN RAUDHAH

YASIN RAUDHAH

KAAYNA RAUDHAH
Anda Mungkin Suka

Tazkirah: Kemas Rumah, Kemas Hati

Dalam kehidupan seharian, rumah bukan sekadar tempat berteduh. Sebaliknya, ia juga menjadi ruang untuk beribadah, mendidik anak-anak, dan berehat bagi menguatkan rohani. Selain itu, Islam

Read More »
Share the Post: