1 MAIN COLOR LOGO PNG

TEMAN IBADAH ANDA

1 MAIN COLOR LOGO PNG

NUSANTARA CARPET

Masjid Jamek Alor Akar, Kuantan

Corak batik berwarna merah pada karpet ini memberikan sentuhan tradisional yang elegan, mencipta suasana yang hangat dan mempesona di ruang solat. Warna merah yang dipilih bukan sahaja menambah keceriaan dan kemewahan, tetapi juga melambangkan semangat, keberanian, dan keberkatan. Gabungan corak batik yang halus dengan warna merah yang menonjol memberikan identiti tersendiri pada ruang solat, menjadikannya lebih hidup dan penuh dengan nilai seni. Karpet ini tidak hanya berfungsi sebagai elemen estetik, tetapi turut memperkaya pengalaman ibadah dengan keindahan dan ketenangan yang dibawanya.

Video dan interview ini diambil selepas 1 tahun karpet di pasang masih dalam keadaan baik dan masih ramai tidak percaya kualiti seperti baru dipasang dalam bulan lepas

Masjid Jamek Alor Akar di Kuantan, Pahang, terletak di Perkampongan Teratai dan dibina untuk menggantikan masjid lama, dan mula beroperasi pada Oktober 2022. Karpet yang dipilih untuk masjid ini menampilkan corak batik dengan warna merah sebagai asas dan putih sebagai warna kedua. Gabungan kedua warna ini memberikan suasana yang harmoni dan sesuai dengan reka bentuk masjid, sekaligus mencipta kesan yang futuristik dan moden. Penggunaan karpet “customade” ini turut memperkukuhkan identiti unik masjid tersebut.

Spefikasi Karpet Masjid:

RADEYAH MOSQUE

Yarn Quality : Polypropylene Heatset
Pile Height : 13mm
Total Height : 15mm
Pile Weight : 2500g/m² / 65oz/yd²
Total Weight : 3600g/m² / 115oz/yd²
Primary backing :
Secondary Backing :
Number of Point : 1 Milion Point
(SIRIM CERTIFIED) (HALAL CERTIFIED)

" Radeyah Mosque direka khas kepada masjid yang ingin merealisasikan perubahan baru dan mahu melihat suasana yang berbeza pada ruangan solat masjid. Selain memiliki identiti masjid yang tersendiri, jemaah juga dapat merasakan keselesaan yang berbeza ketika beribadah. Dengan adanya Radeyah, para jemaah sendiri dapat merasakan kelembutan dan kepadatan pada setiap helaian benang di setiap langkah membuatkan jemaah kerinduan untuk beribadah. "

karpet batik ini dihasilkan di turki