1 MAIN COLOR LOGO PNG

TEMAN IBADAH ANDA

1 MAIN COLOR LOGO PNG

NUSANTARA CARPET

Masjid Jamek Kampung Rengai,
Kuala Lipis

Corak bunga besar dan geometri yang digabungkan pada karpet di Masjid Jamek Kampung Rengai memberikan sentuhan estetik yang luar biasa, menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan kestabilan bentuk yang teratur. Corak bunga besar mencipta suasana yang mewah dan elegan, sementara elemen geometri memberikan keseimbangan visual yang menenangkan. Gabungan kedua-duanya menghasilkan reka bentuk yang harmonis, membawa keunikan dan identiti tersendiri kepada masjid ini. Karpet tersebut bukan sahaja memperindah ruang solat, tetapi juga memberikan pengalaman ibadah yang lebih mendalam dan bermakna bagi para jemaah.

Video dan interview ini diambil selepas 1 tahun karpet di pasang masih dalam keadaan baik dan masih ramai tidak percaya kualiti seperti baru dipasang dalam bulan lepas

Masjid Jamek Kampung Rengai terletak di Kuala Lipis, Pahang. Sering menjadi tumpuan para kariah dan penduduk setempat untuk menunaikan ibadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Pihak masjid ini telah memilih karpet Radeyah Mosque untuk menghiasi ruang dalam masjid. Design karpet yang digunakan merupakan design “customade” yang dipilih oleh pihak masjid iaitu gabungan corak bunga besar di tengah  karpet dan garisan saf yang dihiasi dengan corak geometri. Pilihan warna yang dipilih pula merupakan kombinasi warna hijau dan coklat.

Spefikasi Karpet Masjid:

RADEYAH MOSQUE

Yarn Quality : Polypropylene Heatset
Pile Height : 13mm
Total Height : 15mm
Pile Weight : 2500g/m² / 65oz/yd²
Total Weight : 3600g/m² / 115oz/yd²
Primary backing : Polyester
Secondary Backing : Jute
Number of Point : 1 Milion Point
( SIRIM CERTIFIED ) (HALAL CERTIFIED )

" Radeyah Mosque direka khas kepada masjid yang ingin merealisasikan perubahan baru dan mahu melihat suasana yang berbeza pada ruangan solat masjid. Selain memiliki identiti masjid yang tersendiri, jemaah juga dapat merasakan keselesaan yang berbeza ketika beribadah. Dengan adanya Radeyah, para jemaah sendiri dapat merasakan kelembutan dan kepadatan pada setiap helaian benang di setiap langkah membuatkan jemaah kerinduan untuk beribadah. "

pelbagai reaksi baik daripada
ajk masjid mahupun ahli kariah

Play Video

karpet ini dihasilkan di turki