masjid raja haji fi sabilillah,
cyberjaya

     Karpet masjid dengan sentuhan corak floral ini direka khas untuk menyuntik keindahan dan kelembutan di ruang solat. Rekaannya mencipta suasana harmoni yang mengundang ketenangan bagi setiap jemaah yang hadir.

    Selain itu, corak floral yang ditempatkan di bahagian tertentu seperti di tengah atau sepanjang jalur memberikan karakter unik yang membezakan masjid ini daripada yang lain. Setiap perincian corak yang disulam dengan teliti melambangkan keseimbangan dan kesederhanaan, sekali gus menyatukan elemen keindahan alam dalam suasana ibadah.

    Seterusnya, pemilihan warna lembut dan harmoni turut menyempurnakan keseluruhan rekaan. Warna-warna ini menambah kesan elegan serta meningkatkan kekhusyukan dan rasa damai dalam setiap langkah solat para jemaah.

Video dan temu bual ini diambil selepas empat tahun karpet dipasang. Walau bagaimanapun, keadaannya masih dalam keadaan sangat baik. Oleh itu, ramai yang sukar percaya akan kualitinya kerana kelihatan seperti baru dipasang bulan lepas.

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya merupakan masjid hijau pertama di Malaysia dengan reka bentuk futuristik dan moden yang memberikan keselesaan kepada jemaah.

Karpetnya direka khas dengan corak bulatan dan unsur floral di bahagian tengah, menonjolkan identiti unik masjid ini. Gabungan warna hijau dan merah pula mencipta suasana tenang serta sesuai untuk beribadah.

Sementara itu, Zahran Mosque direka bagi melambangkan keindahan seni Islam dan simbolik negara Islam. Karpet premium yang digunakan memberikan pengalaman ibadah yang berbeza serta meninggalkan kesan mendalam kepada para jemaah.

Spefikasi Karpet Masjid:

ZAHRAN MOSQUE

Yarn Quality : 80% Wool 20% Nylon
Pile Height : 8mm
Total Height : 10mm
Pile Weight : 1350g/m² / 65oz/yd²
Total Weight : 2540g/m² / 115oz/yd²
Primary backing :
Secondary Backing :
Number of Point : 360000 Point
(SIRIM CERTIFIED) (HALAL CERTIFIED)

Zahran Mosque direka untuk membawa simbolik negara Islam dan membuka mata tentang keindahan negara Islam. Dengan kualiti karpet yang dicipta khas kepada masjid ikonik, Zahran dijamin akan memberi impak dan kenangan yang tidak boleh dilupakan para jemaah dan penziarah. Dengan kehadiran karpet yang premium ini, akan memberikan suasana yang berbeza ketika beribadah dan ziarah.

pelbagai reaksi baik daripada
ajk masjid berkenaan corak floral yang dipilih

karpet floral ini dihasilkan di turki

LIHAT JUGA