Masjid Setia Alam, Shah Alam
Geometri pada karpet masjid ini memberikan sentuhan moden dan artistik, menjadikan ruang ibadah lebih menarik dan elegan. Corak simetri dan warna harmoni juga mencipta suasana segar yang menginspirasi jemaah semasa beribadah.
Video dan interview ini diambil selepas 4 tahun karpet di pasang masih dalam keadaan baik dan masih ramai tidak percaya kualiti seperti baru dipasang dalam bulan lepas
Masjid Setia Alam terletak di lokasi yang strategik iaitu bersebelahan dengan Tesco Setia Alam dan berhadapan dengan jalan besar dari Klang ke Meru. Masjid ini juga boleh memuatkan 5000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid Setia Alam ini juga dilengkapi dengan Dewan Serbaguna, Bilik Mesyuarat, Bilik Seminar dan sebagainya. Karpet yang digunakan pada masjid ini merupakan karpet yang berkualiti tinggi. Manakala design yang digunakan merupakan design geometri dengan warna pastel bagi menghidupkan suasana di masjid ini.