Maulidul Rasul 1447H: Kasih & Teladan Rasulullah SAW

Solat berjemaah di masjid taman sentosa teras jernang beralaskan karpet masjid cantik dan selesa

Apa itu Maulidul Rasul?

Pertama, pada tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun adalah tarikh bersejarah yang diraikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia, iaitu Maulidul Rasul. Ia merupakan hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Jadi, pada tahun ini, sambutan Maulidul Rasul jatuh pada 5 September 2025 (1447H) bagi membawa kita untuk kembali merenung makna kehadiran insan agung yang menjadi rahmat kepada sekalian alam.

Allah SWT berfirman:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

(Surah Al-Anbiya’: 107)

Teringin nak solat dengan karpet masjid yang baru, lembut dan cantik? Tekan sekarang >>

Mari Kita Hayati Peranan Rasulullah SAW

Nabi Muhammad SAW diutuskan bukan sekadar membawa risalah Islam. Malah, Baginda juga membimbing manusia kepada akhlak yang mulia. Baginda adalah teladan terbaik dalam setiap aspek kehidupan:

  • Sebagai suami & bapa, baginda penuh kasih sayang dan sabar.
  • Sebagai pemimpin, baginda adil, tegas, dan berakhlak tinggi.
  • Sebagai pendakwah, baginda penuh hikmah, lemah-lembut, tetapi tegas dalam menegakkan kebenaran.

Makna Sambutan Malidur Rasul

Selain itu, Sambutan Maulidul Rasul bukan hanya sekadar perarakan atau bacaan selawat di masjid, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menghidupkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian

Antara amalan yang boleh kita tekankan ialah:

  • Memperbanyakkan selawat ke atas baginda SAW.

 

  • Mengamalkan sunnah kecil seperti senyum, memberi salam, membantu orang lain.

 

  • Menguatkan ukhuwah melalui kasih sayang sesama manusia tanpa mengira perbezaan.

 

  • Menjadikan Rasulullah SAW sebagai role model dalam bekerja dengan amanah dan penuh integriti.

Walaubagaimanapun, dalam dunia yang moden dan penuh cabaran ini umat Islam perlu kembali kepada ajaran Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan. Akhlak baginda yang murni adalah kunci untuk melahirkan masyarakat penyayang, amanah, dan berjaya

Justeru itu, ketika di tempat kerja dengan meneladani Rasulullah SAW bermakna kita mengutamakan kejujuran, menepati janji, dan memberikan hasil kerja terbaik. Dalam keluarga pula, mencontohi baginda bermakna kita menebarkan kasih sayang, mendidik dengan hikmah, dan saling menghormati.

Karpet Custom Made

KARPET CUSTOM MADE

KARPET RAUDAH

KARPET MURAH

Sempena Maulidul Rasul 1447H ini, marilah kita meneguhkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi dengan amal perbuatan. Jadikan hidup kita sebagai cerminan sunnah baginda, agar kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak. Salam Maulidul Rasul 1447H daripada kami di Nusantara Carpet.

Moga hidup kita sentiasa diberkati dengan cahaya kasih dan rahmat Baginda SAW.

Share the Post: