Kelebihan Karpet Dari Nusantara
Memilih karpet daripada Nusantara Carpet bermakna anda melabur dalam kualiti yang melangkaui sekadar lapisan lantai. Setiap unit karpet kami dihasilkan menggunakan material premium yang bukan sahaja menawarkan kelembutan luar biasa untuk keselesaan sujud, malah mempunyai daya tahan tinggi (heavy-duty) untuk penggunaan jangka masa panjang. Kami juga menyediakan sejadah imam kustom made secara percuma.




Dengan teknologi tenunan yang rapat dan padat, karpet kami lebih mudah diselenggara, tahan lasak terhadap trafik jemaah yang tinggi, serta tampil dengan rekaan kustom yang eksklusi memberikan suasana solat yang lebih selesa dan kelihatan mewah setanding Masjid- Masjid terkemuka.
Senyuman Jemaah , Kepuasan Kami
Tiada pencapaian yang lebih bermakna bagi kami selain melihat riak wajah syukur dan senyuman jemaah sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang solat yang baru. Di Nusantara Carpet, kami percaya bahawa keselesaan jemaah adalah keutamaan paling tinggi.
Apa Kata Mereka?
1:25
1:11
1:03
Apabila jemaah memberikan maklum balas positif tentang kelembutan dan kesenian karpet baharu di Masjid Jamek Uli Gali Tok Machang, itulah tanda kejayaan sebenar bagi pasukan pemasangan kami. Kepuasan anda bukan sekadar matlamat perniagaan, tetapi merupakan amanah yang kami pikul untuk memastikan setiap rumah Allah dihiasi dengan kualiti yang terbaik.
