Masjid Abu Bakar As-Siddiq SS19 ialah sebuah masjid qariah utama di Subang Jaya, menjadi pusat ibadah dan aktiviti masyarakat setempat. Kenali mereka lebih mendalam di Social Media mereka.
Bagi memberikan keselesaan kepada para jemaah, pihak masjid memilih untuk menggunakan karpet bercorak tempahan khas (custom-made) yang direka mengikut kehendak pengurusan masjid.
Sentuhan Khas Rekaan Karpet
Corak yang dipilih berbentuk bulat, dihiasi motif bunga lawang di bahagian tepi bulatan. Gabungan warna hijau, merah, putih, dan emas memberikan identiti unik kepada Masjid Abu Bakar As-Siddiq, sekaligus membezakan ia daripada masjid-masjid lain.

Dengan kata lain, rekaan ini bukan sahaja memenuhi fungsi, tetapi turut membawa nilai seni dan simbolik yang tersendiri.


Gabungan warna lembut dengan corak floral ini menjadikan ruang solat utama lebih damai dan harmoni.
Keselesaan yang Membekas
Video dan wawancara ini dirakam selepas 3 tahun karpet dipasang. Menariknya, keadaan karpet masih seperti baru, hingga ramai yang tidak percaya ia sebenarnya sudah lama digunakan. Seakan-akan baru dipasang bulan lepas. Ikuti perkongsian penuh di YouTube kami.
“Radeyah Mosque” direka khas untuk masjid yang ingin tampil segar dan berbeza. Bukan hanya menambah identiti tersendiri, karpet ini juga memberikan keselesaan luar biasa.
Dengan kelembutan serta kepadatan benang, setiap langkah jemaah terasa lebih tenang dan selesa. Hasilnya, tercipta suasana ibadah yang membuat jemaah rindu untuk kembali sujud di atasnya.
Artikel Terkini
Tazkirah: Antara Lalai dan Insaf, Kesedaran Dalam Setiap Langkah Hidup
Karpet custom made
KARPET CUSTOM MADE
YASIN RAUDHAH
KAAYNA RAUDHAH
TAAFIZ RAUDHAH
UMRAZ RAUDHAH


Tazkirah: Antara Lalai dan Insaf, Kesedaran Dalam Setiap Langkah Hidup

