Pemasangan Karpet Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya

Selepas Pemasangan Karpet Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya

Kalau sebut tentang masjid ikonik di Selangor, pasti ramai akan teringat Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Masjid yang dikenali sebagai Masjid Hijau pertama di Malaysia ini bukan sekadar rumah ibadah, malah simbol seni bina moden yang menggabungkan konsep mesra alam dengan ketenangan rohani.

Dengan kubah besar berwarna perak dan ruang dalamannya yang luas, masjid ini sentiasa menjadi tumpuan jemaah tempatan serta pelancong dari dalam dan luar negara. Kenali masjid ini lebih mendalam di Social Media mereka.

Rekaan Khas Mengikut Identiti Masjid

Alhamdulillah, kami berpeluang untuk menyumbang sedikit sentuhan dalam menyempurnakan keindahan masjid ini.

Selepas Pemasangan Karpet Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya

Pihak masjid memilih karpet custom made dari Turki, dan kami menyesuaikan rekaan floral khas agar serasi dengan identiti masjid yang moden dengan tambahan nilai tradisi Islam.

Selepas Pemasangan Karpet Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya
Selepas Pemasangan Karpet Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya

Gabungan warna lembut dengan corak floral ini menjadikan ruang solat utama lebih damai dan harmoni.

Apa Kata Mereka?

Melihat hasil akhir pemasangan, kami benar-benar bersyukur. Bukan sahaja kerana projek ini berjaya dilaksanakan, tetapi kerana setiap jemaah yang melangkah masuk ke masjid ini akan merasai suasana ibadah yang lebih selesa.

Playlist

3 Videos

Semoga setiap helaian benang karpet ini menjadi saksi kepada doa, zikir, dan solat yang terangkat kepada Allah SWT.

Share the Post: