Surau Khalid Al Walid, IPK Selangor yang terletak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bukan sahaja menjadi pusat ibadah harian untuk warga PDRM dan anggota polis, malah turut berperanan penting sebagai lokasi Solat Jumaat yang terbuka luas kepada masyarakat setempat. Kepesatan aktiviti pengimarahan di sini sudah tentu menuntut kemudahan fizikal yang selesa dan berkualiti tinggi.

Sentuhan Karpet Raudhah di Surau Khalid Al Walid yang Mempersonakan
Bagi melengkapi ketenangan ruang solat utama, pihak pengurusan telah memilih model karpet berkualiti tinggi sebagai pilihan utama. Kehadiran karpet Raudhah di Surau Khalid Al Walid menampilkan tekstur yang sangat lembut, gebu, serta padanan corak yang elegan dan eksklusif. Pemilihan corak ini bukan sahaja memperindah estetika ruang, malah berjaya menghadirkan suasana damai, seolah-olah membawa para jemaah merasai pengalaman kerohanian beribadah di Raudhah, Masjid Nabawi.


Selepas 1 tahun pemasangan, karpet Raudhah di surau ini masih kelihatan seperti baru dipasang. Ramai yang sukar mempercayai ketahanannya, sekaligus membuktikan mutu dan kualiti premium yang ditawarkan.
Keselesaan Maksimum untuk Jemaah
Projek pemasangan karpet di Surau Khalid Al Walid, IPK Selangor, terbukti telah berjaya mencipta sebuah ruang ibadah yang bukan sahaja selesa dari sudut fizikal, malah menenangkan hati jemaah untuk terus mendampingi rumah Allah serta lebih khusyuk dalam setiap rakaat solat. Ia menjadi manifestasi nyata bahawa gabungan kualiti material terbaik, nilai estetika tinggi, dan sentuhan seni bina rohani mampu memberi impak pengalaman ibadah yang mendalam kepada sesiapa sahaja yang hadir.
Jum buat pahala dengan berinfaq hari ini!!!
Jum baca ilmu yang bermanfaat hari ini sekrang juga!!! Tekan Sini>>>




