Home » PROJEK MASJID & SURAU » Karpet Masjid Al Makmur Lepar Hilir, Gambang
Karpet Masjid Al Makmur
Lepar Hilir, Gambang

Pemasangan Karpet Masjid Al Makmur Lepar Hilir, Gambang
Projek pemasangan karpet Masjid Al Makmur Lepar Hilir, Gambang, Pahang oleh Nusantara Carpet menampilkan warna coklat keemasan dengan corak geometri dan motif bunga yang tersusun kemas. Reka bentuknya melengkapkan ruang solat dan memberi suasana yang harmoni serta selesa untuk jemaah.
Video dan temu bual karpet masjid Gambang ini dirakam 2 tahun selepas karpet dipasang. Karpet masih dalam keadaan baik, dan ramai yang tidak percaya kualitinya masih seperti baru dipasang bulan lepas.
Projek karpet masjid Gambang ini dilaksanakan di Masjid Al Makmur Lepar Hilir yang terletak di kawasan Felda Lepar Hilir 1 & 4 serta perumahan Saujana di Gambang, Pahang. Masjid ini menjadi tempat utama penduduk setempat menunaikan ibadah dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan.
Baru-baru ini, pihak masjid telah memilih karpet Radeyah Mosque untuk menghiasi ruang dalam masjid. Pemilihan ini bukan sahaja menambah seri ruang solat, malah menyerlahkan keindahan seni reka bentuk Islam. Ini kerana corak geometri yang kemas serta gabungan warna hijau, putih dan coklat memberikan suasana yang tenang dan menawan.
Yarn Quality : Polypropylene Heatset
Pile Height : 13mm
Total Height : 15mm
Pile Weight : 2500g/m² / 65oz/yd²
Total Weight : 3600g/m² / 115oz/yd²
Primary backing : Polyester
Secondary Backing : Jute
Number of Point : 1 Milion Point
(SIRIM CERTIFIED)
(HALAL CERTIFIED)
“Selain itu, karpet Radeyah Mosquedireka khas untuk masjid yang ingin melakukan perubahan positif pada ruang solat mereka. Ia sesuai untuk mereka yang mengimpikan suasana baru yang lebih eksklusif dan beridentiti.
Bagi projek karpet masjid Gambang ini, penggunaan karpet ini memberikan keselesaan luar biasa kepada para jemaah. Dengan tekstur yang lembut dan benang yang padat, setiap langkah terasa lebih selesa dan menyenangkan. Akhirnya, keistimewaan ini menjadikan para jemaah lebih rindu dan bersemangat untuk terus hadir ke masjid serta beribadah dengan khusyuk.”
ajk masjid mahupun ahli kariah
