Masalah yang kerap berlaku sampai ada masa jadi stress. Walhal karpet baru saja dibersihkan dan di jemur. Itu kalau karpet boleh angkat dan hantar cuci, nak cuci sendiri memang menangis rasanya. Penat. Bagaimana pula kalau karpet pejabat, masjid atau surau yang memang dah dipasang lekat pada lantai? Sebenarnya, yang paling baik ialah kaji apakah puncanya berlaku karpet kerap basah yg menjadikan punca ia berbau, hapak, kepam dan sebagainya.
Berikut adalah antara punca-puncanya;
1 – Ada kebocoran paip air, atau punca aliran air yang bocor. Paip bocor sekiranya diluar dan kawasan terbuka, mudah diselenggarakan, tetapi ada yang menghadapi masalah kebocoran paip didalam dinding atau bawah lantai. Walaupun kebocorannya mungkin halus, tapi ia boleh meresap dan naik ke atas. Kebocoran begini bukan saja merosakkan karpet bahkan merosakkan bangunan.
2 – Ada juga kebocoran di tepi tingkap dan pintu, yang mana apabila hujan lebat, air boleh masuk melalui rongga pintu atau tingkap kemudian mengalir melalui dinding ke lantai dan meresap ke bawah karpet.
3 – Kadar kelembapan tinggi lantai juga boleh menjadi punca. Bagi rumah ‘landed’ atau tingkat bawah, ada lantai yg dibawahnya tidak dibina dengan baik misalnya tidak mempunyai ketebalan mencukupi atau tidak mengikuti praktis pembinaan yang baik, membolehkan kelembapan dari tanah naik ke atas menjadikan lantai basah dan lembab.
4 – Rumah tidak mempunyai pengudaraan yang baik. Bukan sahaja bagi rumah yang tidak mempunyai tingkap, adakalanya pengaliran udara didalam rumah tidak di rekabentuk dengan aliran udara yang baik boleh membuatkan kadar kelembapan dalam rumah makin memburuk dari masa ke semasa. Ia juga boleh memudaratkan kesihatan penghuni.
5 – Tahukah anda, bahawa ada juga jenis-jenis karpet yang kurang berkualiti boleh menjadi punca ia mengumpul kelembapan, bahkan lambat untuk kering.
Jadi umumnya, ini antara faktor-faktor utama mengapa karpet rumah anda , atau pejabat, atau masjid dan surau menjadi lembab, berbau hapak dan busuk. Banyak lagi faktor-faktor lain yang ada masanya perlu disiasat dan dikaji dimana bangunan atau premis tersebut berada. Sekiranya masalah anda serius dan berpanjangan, kami, NUSANTARA CARPET adalah pakar dan sedia membantu dengan kos yang berpatutan.