Tazkirah: Cinta Teragung, Allah SWT & Rasulullah SAW

Pertama sekali, dalam kehidupan sebagai seorang Muslim terdapat dua cinta yang menjadi tunjang utama iaitu cinta terhadap Allah SWT dan cinta terhadap Rasulullah SAW. Kedua – duanya adalah cinta teragung yang membawa manusia menuju kebahagiaan hakiki.

Nak lihat video tazkirah dari kami di Youtube Nusantara Carpet? Tekan >>

Cinta Terhadap Allah SWT

Segala nikmat dan rahmat yang kita miliki datang daripada Allah. Dialah yang menghidupkan, memberi rezeki, mengampunkan dosa, dan sentiasa dekat dengan hamba-Nya. 

Firman Allah SWT:

“Sedangkan orang-orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah.”

(Surah Al-Baqarah, 2:165)

Maka cinta kepada Allah adalah cinta yang paling utama. Ia ditunjukkan dengan ketaatan, syukur atas nikmat, dan menjauhi larangan-Nya.

Cinta Terhadap Allah SWT

Seterusnya, selepas Allah SWT cinta kita terarah kepada Nabi Muhammad SAW, Baginda merupakan kekasih Allah yang diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam. Baginda SAW amat menyayangi umatnya, hingga dalam detik terakhir hidupnya, masih menyebut:

“Ummati, ummati, ummati…”

Sebagai seorang muslim, mencintai Rasulullah SAW bermakna kita mengikuti sunnah baginda, berakhlak mulia sepertinya, serta memperbanyakkan selawat. Malah Baginda adalah jalan yang menghubungkan kita kepada Allah SWT.

Apakah Bukti Cinta Teragung?

Tahukah anda terdapat cara untuk kita menunjukkan bukti cinta teragung terhadap Allah SWT & Rasulullah SAW:

  1. Solat pada waktu yang tepat sebagai tanda taat kepada Allah SWT.
  2. Bersyukur & berzikir bagi mengingati Allah SWT dalam setiap keadaan.
  3. Berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW dengan penuh kasih.
  4. Mengamal sunnah Rasullah SAW dalam kehidupan seharian kita.

Karpet Custom Made

KARPET CUSTOM MADE

KARPET RAUDAH

KARPET MURAH

KARPET KOMERSIAL

Akhir sekali, cinta kita sebagai seorang  muslim kepada Allah SWT dan Baginda Rasulullah SAW adalah cinta yang teragung yang dapat mendidik jiwa, menenangkan hati, dan membimbing kita sang pendosa ke syurga. Justeru, jika dua cinta ini kekal kukuh dalam diri, insya-Allah hidup kita penuh dengan keberkatan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Nak baca lebih banyak info – info dan tazkirah dari kami? Click lihat blog sekarang >>

Share the Post: