Dalam kehidupan seharian, rumah bukan sekadar tempat berteduh. Sebaliknya, ia juga menjadi ruang untuk beribadah, mendidik anak-anak, dan berehat bagi menguatkan rohani. Selain itu, Islam juga mengajar bahawa kebersihan bukan hanya soal fizikal, tetapi mencerminkan tahap keimanan seseorang.
Ayat al-Quran:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.”
(Surah Al-Baqarah, 2:222)
Hadis:
“Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”
(Riwayat Muslim)
Tips Menjaga Kebersihan Rumah Menurut Islam
1. Niat Kerana Allah

Setiap kerja harian seperti mengemas rumah boleh jadi ibadah jika dimulakan dengan niat yang betul.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat.”
(HR Bukhari & Muslim)
Tip: Niatkan kemas rumah untuk beri keselesaan kepada keluarga dan memudahkan ibadah.
2. Mulakan Dengan Bismillah

Memulakan sesuatu dengan nama Allah akan membawa keberkatan dan perlindungan daripada syaitan.
Tip: Biasakan ucap “Bismillah” sebelum mula mengemas atau membersih rumah.
3. Buang Sampah Setiap Hari

Rumah yang bersih dan bebas bau busuk mengundang ketenangan. Islam menganjurkan pembersihan tempat tinggal secara berkala.
Tip: Jangan biarkan sampah terkumpul terutama di dapur dan bilik air.
4. Pastikan Tempat Solat Bersih

Tempat sujud mesti bersih dan suci untuk sahnya solat.
Tip: Gunakan sejadah atau permaidani yang bersih dan ditentukan khas untuk solat.
5. Elak Menyimpan Barang Tidak Perlu (Tabdzir)

Rumah yang terlalu penuh boleh menyebabkan sempit, malas, dan hilang fokus.
Tip: Amalkan konsep minimalis iaitu hanya simpan apa yang berguna. Islam melarang pembaziran.
Kebersihan bukan sekadar soal kesihatan, tetapi cerminan iman. Dengan rumah yang bersih, hati lebih tenang, dan ibadah lebih khusyuk. Mulakan dengan langkah kecil dengan niat kerana Allah, dan jaga ruang rumah seperti mana kita menjaga hati.
Nusantara Halı komited untuk membantu anda mencipta ruang yang indah, bersih dan tenang agar rumah anda bukan sekadar menjadi tempat tinggal, tetapi tempat lahirnya sakinah.
Son Makaleler

Pemasangan Karpet Surau Khalid Al Walid, IPK Selangor
Surau Khalid Al Walid yang terletak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bukan sahaja menjadi tempat ibadah untuk anggota polis, malah berperanan sebagai Solat

Hama Karpet & Hama Tilam: Punca Gatal Dan Masalah Kulit
Hama Karpet dan Hama Tilam: Punca Gatal, Alahan dan Masalah Kulit yang Ramai Tidak Sedar Masalah gatal kulit, ruam kecil dan alahan berpanjangan sering dikaitkan

Tazkirah: Allah Mengasihi Insan Yang Bertaubat
Setiap insan pasti pernah tergelincir daripada landasan ketaatan. Ada yang terlalai, ada yang terpengaruh dengan hawa nafsu, dan ada juga yang hanyut dalam keseronokan dunia.

Pilihan Karpet Customade di Masjid Jamek Kampung Rengai, Kuala Lipis
Masjid Jamek Kampung Rengai, Kuala Lipis Masjid Jamek Kampung Rengai terletak di Kuala Lipis, Pahang. Ia menjadi tumpuan utama penduduk setempat untuk menunaikan solat berjemaah

Wajah Baharu Masjid Tebing Tinggi Jerantut: Keselesaan Karpet Premium Berkualiti
Penyegaran Visual Ruang Ibadah di Jerantut Masjid Tebing Tinggi kini tampil dengan imej yang jauh lebih memukau mata. Oleh itu, pihak kami telah menjalankan kerja
