Keindahan Dalam Kesederhanaan
Karpet Masjid Jamek Al – Mansur membawa konsep keserdehanaan antara fungsi dan estetika. Warna biru yang mendominasi melambangkan ketenangan, manakala corak berbentuk diamond yang berulang mencipta ritma visual yang lembut dan tidak mengganggu fokus ibadah.
Sederhana, tetapi cukup untuk memberi identiti pada ruang solat. Walaupun tampil dengan konsep minimalist , jaluran motif yang halus memberi sentuhan elegan tanpa berlebihan.
Ia sesuai untuk Masjid Jamek Al – Mansur Sg Lampam yang menginginkan suasana moden , bersih dan profesional sambil mengekalkan nilai tradisi dalam ruang ibadah.
Menariknya, karpet ini bukan sahaja indah dipandang malah memberikan keselesaan pada setiap langkah jemaah. Tambahan lagi, tekstur karpet yang gebu dan tebal, ruang solat terasa lebih damai, sesuai untuk menambah kekhusyukan ibadah.
Inilah bukti bahawa pilihan material premium dan pemasangan teliti mampu menghasilkan hasil kerja yang bertahan lama.
Kenapa Mereka Pilih karpet Ini?
Dengan kualiti benang 100% Polypropylene, karpet ini menampilkan tekstur yang tebal dan gebu, sesuai untuk ruang solat yang menampung jemaah setiap hari.
Ketebalan karpet mencapai 16mm pada pile height dan 18mm pada total height, menjadikannya empuk apabila dipijak serta memberi rasa nyaman setiap kali sujud.
Dari segi kekuatan, karpet ini mempunyai berat pile sebanyak 3400g/m² serta jumlah berat keseluruhan 4200g/m², yang memastikan ia kukuh dan tidak mudah rosak walaupun digunakan secara berterusan.
Ditambah dengan 1.25 juta point tenunan, ia menghasilkan corak yang halus, mewah dan penuh ketelitian, seakan-akan hasil seni buatan tangan.
Kualitinya juga dijamin dengan Primary Backing Polyester serta Secondary Backing Jute, gabungan yang memberikan daya tahan maksimum supaya karpet tidak mudah menggelongsor atau berubah bentuk.
Lebih meyakinkan, karpet ini telah diiktiraf dengan pensijilan SIRIM Certified dan Halal Certified, menjadikannya pilihan terbaik dan diyakini untuk sebuah rumah Allah. Anda boleh ketahui lebih lanjut di Halaman Produk Nusantara Carpet.
Projek ini menjadi salah satu contoh terbaik bagaimana rekaan, kualiti, dan pengalaman digabungkan untuk menghasilkan sesuatu yang bukan sahaja cantik, tetapi juga tahan lama.
Menurut kami, setiap pemasangan adalah sebuah amanah. Dan apabila pihak masjid sendiri berpuas hati serta berkongsi testimoni positif, ia adalah penghargaan terbesar yang mendorong kami untuk terus memberikan yang terbaik pada setiap projek masa hadapan.
Son Makaleler

Karpet Masjid Jamek Al – Mansur | Minimalist Tetap Elegan


Özel yapım halı
Özel yapım halı
Peygamber Camii'nin Deve
Kum Farsça Raudhah
Yasin Raudah
Peygamberin Mezarı Bahçesi
TAAFIZ RAUDHAH
Umre Namazı


Anma: İstighfarın Güzelliği: Bağışlanma ve Huzurun Anahtarı

