Sentuhan Hijau Zaitun yang Menenangkan
Ada sesuatu yang istimewa tentang warna hijau. Di Masjid Al-Ehsan, Kg Chohong, Jasin, pemilihan warna hijau zaitun (olive green) dengan corak geometri tradisional pada garisan saf telah mengubah terus suasana ruang solat menjadi lebih premium dan eksklusif.




Apa Yang Menarik Tentang Projek Ini?
Tekstur Benang yang Mewah: Jika anda lihat gambar close-up, permukaan karpet mempunyai kesan “shading” yang menunjukkan kepadatan benang yang tinggi. Ia sangat lembut pada dahi ketika sujud.
Kontras Warna yang Harmoni: Warna hijau gelap dipadankan dengan tiang biru ruang masjid memberikan kontra yang unik namun tetap mengekalkan ketenangan.
Pemasangan Tanpa Cacat: Cabaran di Masjid Al-Ehsan adalah ruang yang mempunyai banyak tiang. Pasukan Nusantara Carpet memastikan setiap potongan dilakukan dengan teknik kesintisiz (tanpa nampak sambungan).
Syarikat Kami Menyediakan Lebih Daripada Sekadar Karpet
Di Nusantara Carpet, kami faham bahawa setiap masjid mempunyai bajet dan keperluan yang berbeza. Itulah sebabnya kami menyediakan:
Pilihan Gred Dari Standard ke VVIP: Anda tentukan bajet, kami berikan kualiti terbaik.
Khidmat ‘Site Survey’ PERCUMA: Kami datang ke Jasin, Alor Gajah, atau Melaka Tengah untuk ukur secara tepat.
Jaminan Selepas Jualan: Kami pastikan karpet anda kekal dalam keadaan terbaik.
“Bila karpet selesa, jemaah pun lebih lama di masjid. Itulah matlamat kami di Nusantara Carpet.“








