22/10/2025
Kıyamet Gününde Tezkire: Teraziye Getirilen Uygulamalar

Hari Perhitungan atau Hari Kiamat adalah janji Allah yang pasti akan tiba.
Di sana, amalan yang ditimbang di Padang Mahsyar akan menentukan nasib sama ada kita tergolong dalam golongan yang beruntung atau sebaliknya. Tiada siapa mampu lari daripada hisab dan perhitungan. Setiap nafas, langkah, dan perbuatan kita di dunia akan disemak semula di hadapan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya, ayat 47:
“Dan Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tidak seorang pun akan dirugikan walaupun sedikit. Jika amalan itu seberat biji sawi sekalipun, pasti Kami mendatangkannya. Dan cukuplah Kami sebagai penghitung.”
Ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah Maha Teliti. Amalan sekecil senyuman yang ikhlas pun akan mendapat ganjaran, dan dosa sekecil bisikan hati yang buruk juga akan diperlihatkan.
Tonton juga video tazkirah pendek kami di Youtube Nusantara Carpet. Tekan Saya >>
Renungan Tentang Hari Perhitungan
Pernahkah kita merenung, berapa banyak amal baik yang telah kita kumpulkan, dan berapa pula dosa yang memberati? Dunia hanyalah tempat kita menanam benih, sedangkan di akhirat kelak, segala hasil akan dituai. Bu sayede, Hari Perhitungan adalah saat di mana semua itu akan ditimbang dengan seadil-adilnya.
Sering kita berdalih, “saya sibuk, saya belum sempat beribadah.” Padahal, setiap detik yang berlalu adalah jemputan Allah untuk kita menambah bekal akhirat. Jika jemputan itu kita abaikan, apa yang akan kita bawa di Hari Perhitungan kelak? Sesungguhnya, hanya amal yang ikhlas kerana-Nya akan menyelamatkan kita di timbangan.
Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran:


Maksudnya: “Barang siapa yang berat timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan barang siapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya, kekal di dalam neraka.”
[Surah Al-Mu’minun: 102-103]
Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap amalan – sekecil apa pun – akan menjadi penentu berat atau ringannya timbangan di akhirat kelak. Pernahkah kita terfikir, setiap kali dahi kita menyentuh bumi dalam sujud, bumi itu akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT? Bayangkan, jika seluruh Selangor ini penuh dengan sujud kita di masjid-masjidnya, betapa banyak saksi yang akan membela kita nanti.
Inilah keindahan amalan yang ikhlas kerana Allah. Sujud, solat berjemaah, zikir, doa, bahkan setiap langkah menuju rumah Allah – semuanya akan dihitung. Amalan yang mungkin nampak kecil di dunia, hakikatnya mampu menjadi penyelamat yang memberatkan timbangan kita di akhirat.
Hari Perhitungan: Amalan yang Ditimbang di Padang Mahsyar
Setiap amalan yang kita lakukan di dunia akan dipertontonkan di akhirat kelak. Maka dengan itu, ingatlah bahawa tidak semestinya apa yang kita lakukan itu dapat disembunyikan walaupun hanya diri sendiri yang tahu, kerana Allah itu Maha Melihat.
Bayangkan suasana manusia yang tidak terkira ramainya, berdiri dalam keadaan gelisah menanti giliran untuk dihisab. Matahari didekatkan sehingga terasa panas membahang, peluh mengalir mengikut kadar dosa masing-masing. Dalam keadaan penuh cemas itu, hanya amalan yang kita kumpul di dunia akan menjadi penyelamat.
Allah SWT Maha Adil. Setiap manusia akan menerima balasan setimpal dengan apa yang mereka lakukan di dunia. Amalan yang dianggap kecil dan remeh tidak pernah terlepas daripada catatan malaikat. Justeru, dunia ini hanyalah tempat menanam benih amalan, sedangkan akhirat kelak adalah tempat menuai hasilnya.
Jenis Amalan yang Ditimbang di Padang Mahsyar
Ada pelbagai jenis amalan yang akan ditimbang di Padang Mahsyar. Berikut lima jenis amalan yang perlu kita ambil berat sebagai bekal untuk Hari Perhitungan.
1. Amalan Ibadah

Solat, puasa, zakat, dan haji adalah asas kehidupan seorang Muslim. Ia ibarat tiang yang menegakkan bangunan iman. Rasulullah SAW bersabda:
“Amalan yang pertama kali dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya.” (Riwayat Abu Daud)
Jika solat kita sempurna, ia akan menjadi cahaya di Padang Mahsyar. Tetapi jika solat kita diabaikan, amalan lain turut menjadi rapuh. Begitulah besarnya kedudukan ibadah fardhu.
2. Amalan Kebaikan Sesama Manusia
Islam bukan hanya agama ritual, tetapi agama akhlak. Menjaga silaturahim, menghormati ibu bapa, menolong jiran, berlaku adil, serta bercakap dengan kata-kata yang baik adalah antara amal yang berat di sisi Allah.
Rasulullah SAW mengingatkan bahawa seorang wanita yang rajin beribadah tetapi menyakiti jirannya dengan lidah, tempatnya adalah di neraka. Sebaliknya, seseorang yang mungkin kurang amal sunatnya, tetapi menjaga hati orang lain, akan dimuliakan.
3. Amalan Sedekah & Infak

Sedekah ibarat benih yang terus bercambah. Harta yang kita keluarkan kerana Allah tidak akan berkurang, bahkan akan digandakan berkali-kali. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 261:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.”
Selagi sedekah kita memberi manfaat, pahalanya akan terus mengalir walaupun jasad sudah lama kembali ke bumi. Sedekah yang ikhlas akan memberatkan timbangan di Padang Mahsyar.
4. Amalan Ilmu Yang Bermanfaat
Ilmu yang disampaikan dengan ikhlas menjadi cahaya yang menerangi dunia. Guru yang mengajar, ibu bapa yang mendidik anak, bahkan seorang sahabat yang mengingatkan kebaikan – semua itu akan mendapat ganjaran. Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak soleh.” (Riwayat Muslim)
Bayangkan, satu ayat yang kita ajarkan mungkin menyelamatkan generasi akan datang. Inilah bekalan yang tidak ternilai di Padang Mahsyar.
5. Amalan Dosa & Kezaliman
Di Padang Mahsyar, amalan buruk juga akan ditimbang. Hutang yang tidak dilangsaikan, janji yang dimungkiri, fitnah, ghibah (mengumpat), dan kezaliman terhadap orang lain akan memberatkan timbangan dosa. Pada hari itu, pahala seseorang boleh berpindah kepada orang yang pernah dizaliminya. Jika pahalanya habis, dosa orang lain akan dipindahkan kepadanya.
Inilah yang menakutkan – dosa sesama manusia tidak akan diampunkan sehingga orang yang dizalimi itu reda.
Kesimpulan: Hari Perhitungan
Hari Perhitungan adalah hari keadilan mutlak. Tiada siapa yang dapat menipu atau menyembunyikan amalannya. Oleh itu, jangan pernah memandang ringan kebaikan kecil, dan jangan berputus asa dengan dosa besar. Selagi nyawa masih dikandung badan, pintu taubat sentiasa terbuka.
Marilah kita perbanyakkan ibadah, memperbaiki akhlak, bersedekah walau sedikit, menyebarkan ilmu bermanfaat, dan menjauhi segala bentuk kezaliman. Mudah-mudahan timbangan amal kita menjadi berat dengan kebaikan.
Jom Baca Lagi
Buraya tıklayarak yerel ve uluslararası camilerden blog yazılarını okuyabilirsiniz.
veya dini konuşmalar hakkında daha fazla bilgi mi edinmek istiyorsunuz? Buradan okuyun >>>
*Vakıf* (hayır vakfı) kavramının önemini anlayın ve bazı ipuçlarına buradan >>> ulaşın.
Son Makaleler
Özel yapım halı
Majestic Wilton Yüz Yüze Ürün Türkiye'de üretilmiştir
Yığın Yüksekliği: 13 mm
Toplam Yükseklik: 15 mm
Yığın Ağırlığı: 2800/m² / 85oz/yd²
Toplam Ağırlık: 3600 g/m² / 105 oz/yd²
Birincil destek: Polyester
İkincil destek: Jüt
İplik Noktası: 1 Milyon Puan
Menşe Ülke: Türkiye
(SIRIM SERTİFİKALI)
(HALAL SERTİFİKALI)
Yığın Yüksekliği: 15 mm
Toplam Yükseklik: 18 mm
Yığın Ağırlığı: 3400/m² / 100oz/yd²
Toplam Ağırlık: 4200 g/m² / 125 oz/yd²
Birincil destek: Polyester
İkincil destek: Jüt
İplik Puanı: 1,2 Milyon Puan
Menşe Ülke: Türkiye
(SIRIM SERTİFİKALI)
(HALAL SERTİFİKALI)
Yığın Yüksekliği: 20 mm
Toplam Yükseklik: 22 mm
Yığın Ağırlığı: 4400 g/m² / 130 oz/yd²
Toplam Ağırlık: 5200 g/m² / 155 oz/yd²
Birincil destek: Polyester
İkincil destek: Jüt
İplik Puanı: 1,2 Milyon Puan
Menşe Ülke: Türkiye
(SIRIM SERTİFİKALI)
(HALAL SERTİFİKALI)
Royal Ottoman Axminster Ürünü
Türkiye'de Üretilmiştir
Yığın Yüksekliği: 9 mm
Toplam Yükseklik: 11 mm
Yığın Ağırlığı: 2500 g/m²
Toplam Ağırlık: 3300 g/m²
Birincil destek: Polyester
İkincil destek: Jüt
Ürün menşei: Türkiye
(SIRIM SERTİFİKALI)
(HALAL SERTİFİKALI)
Yığın Yüksekliği: 18 mm
Yığın Ağırlığı: 6150 g/m² / 180 oz/yd²
Birincil destek: Polyester
İkincil destek: Jüt
Ürün menşei: Türkiye
(SIRIM SERTİFİKALI)
(HALAL SERTİFİKALI)
Yığın Yüksekliği: 18 mm
Yığın Ağırlığı: 1900 g/m² / 60 oz/yd²
Birincil destek: Polyester
İkincil destek: Jüt
Ürün menşei: Türkiye
(SIRIM SERTİFİKALI)
(HALAL SERTİFİKALI)
Produk Royal Royal Dynasty Axminster Made in China
Yığın Yüksekliği: 8 mm
Toplam Yükseklik: 10 mm
Yığın Ağırlığı: 1950 g/m²
Toplam Ağırlık: 2700 g/m²
Birincil destek: Polyester
İkincil destek: Jüt
Ürün menşei: Çin
(SIRIM SERTİFİKALI)
(HALAL SERTİFİKALI)
Yığın Yüksekliği: 8 mm
Toplam Yükseklik: 10 mm
Yığın Ağırlığı: 1350 g/m²
Toplam Ağırlık: 2540 g/m²
Birincil destek: Polyester
İkincil destek: Jüt
Ürün menşei: Çin
(SIRIM SERTİFİKALI)
(HALAL SERTİFİKALI)

Cami, Allah'ın evidir; Müslümanların ibadet etmek, ilim öğrenmek ve akrabalık bağlarını güçlendirmek için bir araya geldiği bir yerdir. Bu nedenle, camiyi temiz tutmak sadece rahatlık meselesi değil, aynı zamanda bir zorunluluktur.

Bagi setiap umat Islam, menyebut nama Masjid Nabawi sudah cukup untuk membuat hati bergetar. Masjid ini bukan sekadar binaan megah di Madinah, tetapi pusat sejarah,

Kelebihan menjadi penghuni syurga ialah janji Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman dan taat. Ia merupakan tempat yang penuh dengan kenikmatan yang tidak pernah terbayang

Setiap orang ada susah senang dalam hidup ini, dan tiada seorang pun yang lari daripada ujian. Ada yang diuji dengan kesempitan, ada pula yang diuji

Allah mengasihi orang bertaubat, walau sebesar mana pun dosa yang pernah dilakukan. Setiap insan pasti pernah tergelincir daripada landasan ketaatan. Ada yang terlalai, ada yang

Hidup ini tidak akan pernah terlepas daripada ujian. Ada ujian yang datang dalam bentuk kesenangan, ada juga yang hadir dalam bentuk kesusahan. Sebagai seorang Muslim,






