Al Makmur Camii Halısı
Lepar Hilir, Gambang

Pemasangan Karpet Masjid Al Makmur Lepar Hilir, Gambang
Projek pemasangan karpet Masjid Al Makmur Lepar Hilir di Gambang, Pahang oleh Nusantara Carpet menampilkan warna coklat keemasan dengan gabungan corak geometri dan motif bunga yang tersusun kemas. Reka bentuk karpet ini melengkapkan keindahan ruang solat masjid serta memberikan suasana yang harmoni, selesa dan teratur untuk kegunaan para jemaah.
Video dan temu bual karpet masjid Gambang ini dirakam 2 tahun selepas karpet dipasang. Karpet masih dalam keadaan baik, dan ramai yang tidak percaya kualitinya masih seperti baru dipasang bulan lepas.
Projek karpet masjid Gambang ini dilaksanakan di Masjid Al Makmur Lepar Hilir yang terletak di kawasan Felda Lepar Hilir 1 & 4 serta perumahan Saujana di Gambang, Pahang. Masjid ini menjadi tempat utama penduduk setempat menunaikan ibadah dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan.
Baru-baru ini, pihak masjid telah memilih karpet Radeyah Mosque untuk menghiasi ruang dalam masjid. Pemilihan ini bukan sahaja menambah seri ruang solat, malah menyerlahkan keindahan seni reka bentuk Islam. Ini kerana corak geometri yang kemas serta gabungan warna hijau, putih dan coklat memberikan suasana yang tenang dan menawan.
Cami Halısı Özellikleri:
Radeyah Camii
İplik Kalitesi: Polipropilen Isıyla Sabitlenmiş
Yığın Yüksekliği: 13 mm
Toplam Yükseklik: 15 mm
Yığın Ağırlığı: 2500 g/m² / 65 oz/yd²
Toplam Ağırlık: 3600 g/m² / 115 oz/yd²
Birincil destek:
İkincil destek:
Puan Sayısı: 1 milyon puan
(SIRIM SERTİFİKALI) (HALAL SERTİFİKALI)
"Selain itu, karpet Radeyah Mosque direka khas untuk masjid yang ingin melakukan perubahan positif pada ruang solat mereka. Ia sesuai untuk mereka yang mengimpikan suasana baru yang lebih eksklusif dan beridentiti.
Bagi projek karpet masjid Gambang ini, penggunaan karpet ini memberikan keselesaan luar biasa kepada para jemaah. Dengan tekstur yang lembut dan benang yang padat, setiap langkah terasa lebih selesa dan menyenangkan. Akhirnya, keistimewaan ini menjadikan para jemaah lebih rindu dan bersemangat untuk terus hadir ke masjid serta beribadah dengan khusyuk."
ajk masjid mahupun ahli kariah