Karpet Lebih Dari Sekadar Estetik
“Kenapa ramai jemaah rasa lebih tenang bila masuk ke Masjid An Nasriyah?”
Rahsianya terletak pada pemilihan karpet custom made yang bukan sahaja indah dipandang, tetapi juga membawa makna mendalam.


Karpet direka khusus dengan:
- Bulatan flora di tengah sebagai fokus utama ruang solat.
- Corak batik moden & geometri pada garisan saf untuk harmoni dan simetri.
- Warna biru, hijau lumut & coklat yang melambangkan kesejukan, kedamaian, serta kestabilan.
Keindahan seni bina yang moden dipadukan dengan elemen tradisional menjadikan masjid ini lebih istimewa dan karpetnya menjadi salah satu aspek yang menambah seri keseluruhan ruang solat. Ketahui lebih lanjut berkenaan karpet pilihan mereka.
Masjid An Nasriyah & Sejarahnya

Masjid An-Nasriyah Sitiawan Perak, Masjid bersejarah di Sitiawan ini mula dibina pada tahun 1914 dan dibangunkan semula pada 2018. Seni bina moden yang berpadu dengan elemen tradisional menjadikan ia tarikan jemaah tempatan serta pengunjung luar daerah. Karpet eksklusif yang menghiasi ruang solat pula melengkapkan keindahan keseluruhan masjid ini.
Kenapa Karpet Custom Made Penting?
Pemilihan warna dan rekaan karpet bukan sekadar hiasan. Ia menyerlahkan identiti masjid, memberi keselesaan jangka panjang, dan mewujudkan suasana ibadah yang penuh khusyuk.
Sebab itulah ramai pelanggan di seluruh Malaysia mempercayai kami untuk menghasilkan karpet masjid custom made No.1 di Malaysia kerana setiap keperluan dan citarasa akan kami penuhi demi mewujudkan ruang ibadah yang indah, eksklusif, dan penuh makna.
Artikel Terkini
Warna Karpet Bukan Sekadar Estetik, Tetapi Simbol Kedamaian Masjid An Nasriyah
Karpet custom made
KARPET CUSTOM MADE




