Karpet Masjid Taman Sentosa, Teras Jernang, Bandar Baru Bangi dipasang di salah satu rumah Allah yang menjadi kebanggaan masyarakat setempat. Ikuti Facebook rasmi masjid.
Walaupun baru siap dibina pada tahun 2020, perancangannya telah bermula lebih awal, dengan usaha untuk melengkapkan masjid ini seindah mungkin demi keselesaan jemaah.
Masjid ini berdiri megah sebagai pusat ibadah, ilmu, dan aktiviti kemasyarakatan bagi warga sekitar.
Sentuhan Khas Karpet Masjid Taman Sentosa
Setiap reka bentuk karpet yang kami hasilkan berkonsepkan identiti masjid itu sendiri, supaya ruang solat tampil harmoni dan penuh makna. Di Masjid Taman Sentosa, pilihan karpet custom made merah dan cream dipadankan dengan warna dinding, mengetengahkan corak batik moden serta bulatan di bahagian tengah, manakala saf dihiasi corak bunga indah.
Pemilihan warna dan corak amat penting. Bersama kami, setiap keperluan dan citarasa pihak masjid dipertimbangkan dengan teliti.

Gabungan corak dan warna ini bukan sekadar hiasan, tetapi menjadi lambang identiti masjid yang moden dan segar, tanpa meninggalkan nilai tradisi. Ketahui lebih lanjut mengenai karpet mereka.


Reka Bentuk dan Warna di Masjid Taman Sentosa
Pemilihan warna dan corak menentukan suasana ruang solat. Warna yang dipadankan dengan dinding membuat ruang nampak harmoni, manakala corak yang terlalu sesak boleh mengganggu tumpuan. Pihak masjid boleh berbincang dengan pembekal tentang konsep, warna dan corak sebelum karpet dihasilkan.
Keindahan yang Bertahan Selepas 4 Tahun
Walaupun sudah 4 tahun digunakan, karpet ini masih kelihatan seolah-olah baru dipasang. Ramai jemaah sendiri tidak percaya dengan kualitinya kerana ia tetap rapi, indah, dan selesa.
Karpet custom made ini bukan sahaja menambah seri pada masjid, tetapi juga memberi keselesaan ketika sujud dan rukuk.
Karpet Masjid Taman Sentosa ini menunjukkan bahawa karpet custom made yang dipadankan dengan identiti masjid boleh kekal cantik selepas bertahun-tahun. Mahu karpet seperti ini untuk masjid anda? Hubungi Nusantara Carpet untuk sebut harga.
Read More
Click here to read blogs from local and international mosques.
or want to learn more about religious talks? Read here >>>
Understand the importance of *waqf* (endowment) and get some tips here >>>
Latest Articles
Custom-made carpet

Religious Reminder: Mosque Cleanliness Is a Shared Responsibility

History and Distinctive Features of the Prophet’s Mosque (Masjid Nabawi)

Religious Reflection: The Merits of Being an Inhabitant of Paradise

