Dalam hidup ini, setiap manusia tidak lari daripada ujian. Ada yang diuji dengan kesempitan, ada pula yang diuji dengan kelapangan. Kadangkala kita merasa diri kitalah yang paling susah di dunia. Namun, hakikatnya ramai lagi saudara-saudara kita yang diuji dengan penderitaan yang jauh lebih berat daripada kita.
Nikmat yang Sering Kita Lupa
Jika kita renung kehidupan sendiri, sebenarnya banyak nikmat yang Allah SWT kurniakan. Kita masih boleh hadir ke kuliah ilmu dengan bebas, boleh duduk di tempat yang selesa, boleh makan apa sahaja yang kita mahu — nasi, lauk, minuman, malah pelbagai pilihan setiap hari.
Sedangkan ada orang lain yang tidak diberi peluang ini. Di negara bergolak, mereka tidak dapat hadir ke kuliah dengan tenang. Ada yang bangun pagi bukan untuk ke sekolah, tetapi untuk mencari selamat dari peluru dan bom.
Contoh Palestin: Ujian yang Jauh Lebih Berat
Mari kita lihat saudara-saudara kita di Palestin. Mereka diuji dengan kehilangan rumah, keluarga, tempat tinggal, dan makanan. Ada anak-anak kecil yang hanya mampu minum air kosong kerana tiada makanan untuk dimakan. Ada ibu yang terpaksa berdoa agar anaknya selamat walau hanya tidur di runtuhan bangunan.
Bayangkan, kita di sini masih boleh memilih antara teh tarik atau kopi panas, tetapi mereka di sana kadang-kadang terpaksa menahan lapar berhari-hari. Inilah perbandingan yang membuatkan kita seharusnya lebih bersyukur.
Peringatan Dalam Al-Quran & Hadis
Allah SWT says:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi sangat mengingkari (nikmat Allah).”
(Surah Ibrahim: 34)
Ayat ini mengingatkan bahawa nikmat Allah terlalu banyak untuk kita dustakan. Setiap kali kita rasa susah, cuba lihat berapa banyak nikmat lain yang Allah masih kurniakan.
From Abu Hurairah RA, from the Messenger of Allah ﷺ, he said:

Maksudnya: “Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut, agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu.”
(Riwayat Muslim, 2963)
- Hadis ini sangat jelas: jangan bandingkan hidup kita dengan orang yang lebih mewah, tetapi bandingkan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Dari situlah lahirnya rasa syukur
Kelebihan & Nikmat Bersyukur
1. Ditambah Nikmat
Allah SWT berjanji dalam al-Quran:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu…” (Surah Ibrahim: 7).
Ini bermakna setiap kali kita menzahirkan syukur, sama ada melalui ucapan “Thank God” atau melalui amal ibadah, Allah akan melipatgandakan nikmat tersebut. Nikmat itu bukan semestinya dalam bentuk harta atau makanan sahaja, bahkan boleh jadi kesihatan, keberkatan masa, keluarga yang bahagia, atau rezeki yang tidak disangka-sangka. Dengan kata lain, syukur menjadi kunci kepada pintu rezeki yang lebih luas.
2. Hati Jadi Tenang
Orang yang sentiasa bersyukur akan memandang kehidupannya dengan cara yang lebih positif. Ujian tidak lagi dilihat sebagai beban, tetapi sebagai tanda perhatian Allah SWT kepada hamba-Nya. Hatinya akan mudah redha, dan ketenangan itu akan membuatkan dia lebih tabah mengharungi apa sahaja cabaran.
Sebaliknya, orang yang tidak bersyukur akan sentiasa merasa kurang, mudah gelisah, dan tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Inilah sebabnya syukur menjadi ubat kepada hati yang resah.
3. Dekat Dengan Allah
Bersyukur adalah tanda hati yang sentiasa ingat kepada Allah. Bila kita ucapkan “Thank God” dengan penuh keikhlasan, ia membawa kita semakin dekat dengan Pencipta. Syukur bukan sekadar di mulut, tetapi juga dengan amal – menggunakan nikmat yang ada untuk jalan kebaikan.
Contohnya, kesihatan adalah nikmat. Bila kita gunakan tubuh yang sihat untuk solat dengan sempurna, itu adalah bentuk syukur. Begitu juga dengan ilmu; bila kita kongsikan ilmu untuk manfaat orang lain, kita sedang menzahirkan syukur. Semakin kita syukur, semakin dekat hubungan kita dengan Allah.
4. Dihapuskan Sifat Sombong
Sifat sombong lahir bila seseorang merasakan segala nikmat datang hasil usahanya semata-mata. Namun, orang yang bersyukur sedar bahawa segala-galanya adalah pemberian Allah SWT. Nafas, akal, tenaga, peluang – semuanya tidak akan wujud tanpa kehendak-Nya.
Dengan kesedaran ini, syukur akan menghapuskan rasa takabbur dalam hati. Kita tidak akan merasa diri lebih hebat daripada orang lain, sebaliknya lebih tawadhu’ kerana tahu bahawa kita hanyalah hamba yang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.
Cara Praktikal Menunjukkan Rasa Syukur
Dengan Hati – sentiasa mengakui bahawa semua nikmat datang daripada Allah SWT, bukan semata-mata usaha kita.
Dengan Lidah – membiasakan diri mengucap “Thank God” dalam setiap keadaan, sama ada ketika senang atau ketika menerima ujian.
Dengan Amal Perbuatan – menggunakan nikmat pada jalan kebaikan. Contohnya:
Kesihatan → digunakan untuk beribadah, membantu orang lain.
Rezeki → disalurkan dengan bersedekah dan menyokong perjuangan umat Islam.
Ilmu → disampaikan agar memberi manfaat kepada orang ramai.
✦ Dengan tiga cara ini, syukur kita menjadi lebih sempurna: hati yang redha, lidah yang memuji Allah, dan perbuatan yang membuktikan rasa syukur itu.
Conclusion
Setiap orang ada bahagian susah dan senangnya. Kesusahan kita mungkin berat pada pandangan diri, tetapi ada yang lebih berat menanggung derita. Apa yang penting ialah kita belajar untuk sabar dan syukur.
Gunakan kelapangan, kesenangan, dan keamanan yang kita miliki untuk lebih dekat dengan Allah SWT. Dan jangan lupa, panjatkan doa untuk saudara-saudara kita di Palestin yang sedang berjuang mempertahankan iman dan tanah air mereka.
Mudah-mudahan dengan rasa syukur, Allah tambahkan lagi nikmat-Nya, dan dengan doa, Allah kuatkan lagi mereka yang sedang diuji.
Latest Articles

Warna Karpet Bukan Sekadar Estetik, Tetapi Simbol Kedamaian Masjid An Nasriyah





Pilihan Karpet Customade di Masjid Jamek Kampung Rengai, Kuala Lipis
Custom-made carpet
CUSTOM-MADE CARPET
Majestic Wilton Face To Face Product Made in Turkey
Radeyah
Pile Height: 13mm
Total Height: 15mm
Pile Weight: 2800/m² / 85oz/yd²
Total Weight: 3600g/m² / 105oz/yd²
Primary Backing: Polyester
Secondary Backing: Jute
Point Of Yarn: 1 Million Points
Product Origin: Turkey
(SIRIM CERTIFIED)
(HALAL CERTIFIED)
Safaraz
Pile Height: 15mm
Total Height: 18mm
Pile Weight: 3400/m² / 100oz/yd²
Total Weight: 4200g/m² / 125oz/yd²
Primary Backing: Polyester
Secondary Backing: Jute
Point Of Yarn: 1.2 Million Points
Product Origin: Turkey
(SIRIM CERTIFIED)
(HALAL CERTIFIED)
THAMIN
Pile Height: 20mm
Total Height: 22mm
Pile Weight: 4400g/m² / 130oz/yd²
Total Weight: 5200g/m² / 155oz/yd²
Primary Backing: Polyester
Secondary Backing: Jute
Point Of Yarn: 1.2 Million Points
Product Origin: Turkey
(SIRIM CERTIFIED)
(HALAL CERTIFIED)
Royal Ottoman Axminster Product Made in Turkey
Sumayyah
Pile Height: 9 mm
Total Height: 11 mm
Pile Weight: 2500 g/m²
Total Weight: 3300 g/m²
Primary backing: Polyester
Secondary Backing: Jute
Product origin: Turkey
(SIRIM CERTIFIED)
(HALAL CERTIFIED)
AZZAHRA
Pile Height: 18mm
Pile Weight: 6150g/m² / 180oz/yd²
Primary backing: Polyester
Secondary Backing: Jute
Product origin: Turkey
(SIRIM CERTIFIED)
(HALAL CERTIFIED)
ASTANA
Pile Height: 18mm
Pile Weight: 1900g/m² / 60oz/yd²
Primary backing: Polyester
Secondary Backing: Jute
Product origin: Turkey
(SIRIM CERTIFIED)
(HALAL CERTIFIED)

Tazkirah: Setiap Orang Ada Susah Senangnya
Dalam hidup ini, setiap manusia tidak lari daripada ujian. Ada yang diuji dengan kesempitan, ada pula yang diuji dengan kelapangan. Kadangkala kita merasa diri kitalah

Tazkirah: Allah Mengasihi Insan Yang Bertaubat
Setiap insan pasti pernah tergelincir daripada landasan ketaatan. Ada yang terlalai, ada yang terpengaruh dengan hawa nafsu, dan ada juga yang hanyut dalam keseronokan dunia.

Tazkirah: The Test Brings Blessings
Life will never be free of trials. Some trials come in the form of pleasure, while others appear in the form of hardship. However, as a

Tazkirah: The Beauty of Istighfar: The Key to Forgiveness and Peace of Mind
Every person is never free from making mistakes. Sometimes we dismiss our minor sins as trivial, and sometimes we unwittingly fall into major sins. However,

Raudhah Garden of Heaven
Every Muslim surely longs for the opportunity to set foot in the Prophet's Mosque in Medina, especially in a small, very special space called the Raudhah. This space

Tazkirah: The Day of Reckoning: The Deeds Brought to the Scales
The Day of Judgment is a promise of Allah that will surely come. On that day, all of humanity from the time of Prophet Adam (peace be upon him) to the last generation will be gathered at