Wajah Baru Surau Al-Islah

Proses Pemasangan Karpet

Dimulakan dengan pembersihan gotong royong bersama ajk – ajk masjid beserta team Karpet Nusantara. Seterusnya , team Nusantara akan membuat ukuran ruang surau dengan teliti bagi memudahkan pemasangan karpet.

Setiap langkah dilakukan dengan cermat bagi memastikan hasil akhir bukan sahaja cantik dipandang , malah selesa dan tahan lama untuk kegunaan jemaah.

Sebelum
Setelah

Kepuasan Jemaah , Kepuasan Kami

Kepuasan jemaah adalah keutamaan kami dalam setiap projek yang dilaksanakan. Selepas pemasangan siap , maklum balas daripada pihak masjid dan jemaah amat memberangsangkan terutama dari segi keselesaan , kekemasan dan kualiti karpet yang tebal serta lembut.

Ruang solat yang lebih tersusun dan kemas memberikan susana ibadah yang lebih tenang dan selesa . Bagi kami , melihat jemaah berpuas hati adalah satu penghargaan yang tidak ternilai dan menjadi motivasi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik.

Bagikan Postingan: