Masjid Budu Benta terletak di Lipis, Pahang. Projek karpet masjid ini dijayakan oleh Nusantara Carpet bagi menyediakan ruang solat yang lebih selesa dan kemas untuk jemaah yang hadir menunaikan solat.
Karpet Baru, Semangat Baru
Tim Nusantara carpet telah merancang projek ini dengan teliti bagi memastikan setiap inci ruang solat dilitupi dengan kemas dan sempurna. Bermula daripada proses pengukuran , pemilihan corak dan warna karpet sehingga pemasangan akhir, setiap langkah diberi perhatian bagi menjamin hasil yang berkualiti tinggi.


Sewaktu Pemasangan Karpet Masjid Budu
Selepas Pemasangan Karpet Masjid Budu
Usaha Bersama Jemaah


Menariknya, proses pemasangan karpet masjid ini turut melibatkan ahli jemaah sendiri. Beberapa orang jemaah berganding bahu membantu mengangkat dan menyusun karpet. Semangat gotong-royong ini menjadikan projek karpet ini lebih bermakna, kerana ia lahir daripada usaha bersama demi rumah Allah.
Selepas pemasangan karpet masjid siap, karpet baharu turut melalui proses sanitasi menyeluruh sebagai langkah tambahan menjaga kebersihan. Nusantara Carpet menyediakan pakej sanitizer yang affordable agar jemaah lebih yakin dan tenang ketika beribadah. Penekanan pada kebersihan ini amat penting, bukan sahaja untuk melindungi kesihatan, tetapi juga demi keselesaan jemaah yang hadir menunaikan solat.
Lihat juga Projek Karpet Lain di Negeri Pahang
Bagi Nusantara Carpet, projek karpet ini bukan hanya soal menukar karpet lama kepada yang baru. Ia adalah tanda sokongan kepada pihak masjid yang tetap berjuang untuk jemaah walaupun dalam keadaan sukar. Ia juga simbol bagaimana rezeki halal dapat terus dicari dengan penuh keikhlasan, sambil memberi manfaat kepada masyarakat.
Terima kasih kepada pihak masjid dan jemaah atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang projek ini berjalan.
Berminat melihat katalog lantai vinyl dan karpet komersial? Tekan di sini>>>
Ingin berwakaf? Tekan sini>>>
atau berinfak? Tekan sini>>>
Artikel Terbaru


![Pemandangan dewan solat utama dengan pemasangan karpet gred premium berwarna kelabu kebiruan berunsurkan corak saf lurus geometri di Masjid Al-Sultan Abdullah Ri'ayatudin Al-Mustafa Billah Shah Benta, Pahang [nusantaracarpet.com].](https://nusantaracarpet.com/wp-content/uploads/2024/11/hasil-pemasangan-karpet-masjid-al-sultan-abdullah-benta-pahang.webp)
Masjid Baru Benta: Indah di Puncak Bukit, Tenang di Hati Jemaah




