TDM Surau, Terengganu'da Halı Döşeme

wajah baharu karpet surau tdm terengganu

Projek pemasangan karpet surau TDM Terengganu telah dilaksanakan oleh pasukan Nusantara Carpet. Karpet ini dipasang bagi menjadikan ruang solat lebih selesa, kemas dan tenang untuk jemaah.

Pemasangan Teliti Karpet Surau TDM Terengganu

Setiap inci ruang solat diukur dengan teliti bagi memastikan setiap sudut surau dilitupi dengan sempurna tanpa seutas benang terjuntai keluar. Pasukan Nusantara juga memastikan corak karpet kelihatan bersambung dengan sempurna dan kemas. Seperti moto kami, “Nusantara Carpet, Teman Ibadah Anda”.

Semasa pemasangan karpet, setiap sambungan dan tepi dikemaskan supaya permukaan lantai kelihatan rata dan selamat dipijak oleh jemaah dari semua peringkat umur.

Kerja pemasangan karpet dibuat dengan perancangan yang rapi supaya surau dapat digunakan semula secepat mungkin. Pasukan kami juga membersihkan kawasan selepas kerja siap, jadi jemaah boleh terus menunaikan solat dengan tenang.

Karpet Premium Warna Hijau di Surau TDM Terengganu
Karpet Premium Warna Hijjau di Surau TDM Terengganu Gambar Memasang Karpet

Keselesaan Maksimum Untuk Jemaah

Kami mementingkan keselesaan jemaah sewaktu beribadah, bermula dari pemilihan bahan hingga pemasangan karpet. Oleh itu, kualiti bahan yang dipilih menjadi kunci utama dalam proses penghasilan karpet. Karpet yang kami hasilkan mempunyai kepadatan benang yang tinggi, memberikan tekstur yang lembut dan empuk.

Ruang solat yang kemas dan selesa membantu jemaah lebih fokus ketika beribadah, sama ada semasa solat berjemaah, kuliah ataupun bacaan Al-Quran. Karpet yang dipasang dengan baik juga menjadikan keseluruhan surau kelihatan lebih teratur, bersih dan sesuai digunakan setiap hari.

Kelebihan ini amat dirasai terutamanya oleh warga emas, kerana impak pada lutut dapat dikurangkan semasa ruku’ dan sujud. Suasana surau kini bukan sahaja nampak lebih mewah, malah lebih mendamaikan jiwa, membolehkan jemaah menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.

Karpet Premium Warna Hijau di Surau TDM Terengganu Gambar Pandangan Saf Dekat
Karpet Premium Warna Hijau di Surau TDM Terengganu Gambar Pandangan Dekat

Dengan karpet surau TDM Terengganu yang baharu ini, jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa. Mahu karpet yang kemas dan selesa seperti ini untuk surau atau masjid anda? Hubungi Nusantara Carpet untuk sebut harga. Oleh itu , pilihlah kami , “Nusantara Carpet, , Teman Ibadah Anda”

Oleh itu, pilihlah kami, “Nusantara Carpet, Teman Ibadah Anda”.

Baca Selanjutnya

Yerel ve dünya camileri hakkındaki blogları okumak için buraya tıklayın.

Veya dini sohbetleri daha derinlemesine incelemek ister misiniz? Buradan okuyun >>>

Vakıf yapmanın önemini ve ipuçlarını buradan inceleyin >>>

Gönderiyi paylaş: