Projek pemasangan karpet surau TDM Terengganu telah dilaksanakan oleh pasukan Nusantara Carpet. Karpet ini dipasang bagi menjadikan ruang solat lebih selesa, kemas dan tenang untuk jemaah.
Pemasangan Teliti Karpet Surau TDM Terengganu
Setiap inci ruang solat diukur dengan teliti bagi memastikan setiap sudut surau dilitupi dengan sempurna tanpa seutas benang terjuntai keluar. Pasukan Nusantara juga memastikan corak karpet kelihatan bersambung dengan sempurna dan kemas. Seperti moto kami, “Nusantara Carpet, Teman Ibadah Anda”.
Semasa pemasangan karpet, setiap sambungan dan tepi dikemaskan supaya permukaan lantai kelihatan rata dan selamat dipijak oleh jemaah dari semua peringkat umur.
Kerja pemasangan karpet dibuat dengan perancangan yang rapi supaya surau dapat digunakan semula secepat mungkin. Pasukan kami juga membersihkan kawasan selepas kerja siap, jadi jemaah boleh terus menunaikan solat dengan tenang.


Keselesaan Maksimum Untuk Jemaah
Kami mementingkan keselesaan jemaah sewaktu beribadah, bermula dari pemilihan bahan hingga pemasangan karpet. Oleh itu, kualiti bahan yang dipilih menjadi kunci utama dalam proses penghasilan karpet. Karpet yang kami hasilkan mempunyai kepadatan benang yang tinggi, memberikan tekstur yang lembut dan empuk.
Ruang solat yang kemas dan selesa membantu jemaah lebih fokus ketika beribadah, sama ada semasa solat berjemaah, kuliah ataupun bacaan Al-Quran. Karpet yang dipasang dengan baik juga menjadikan keseluruhan surau kelihatan lebih teratur, bersih dan sesuai digunakan setiap hari.
Kelebihan ini amat dirasai terutamanya oleh warga emas, kerana impak pada lutut dapat dikurangkan semasa ruku’ dan sujud. Suasana surau kini bukan sahaja nampak lebih mewah, malah lebih mendamaikan jiwa, membolehkan jemaah menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.


Dengan karpet surau TDM Terengganu yang baharu ini, jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa. Mahu karpet yang kemas dan selesa seperti ini untuk surau atau masjid anda? Hubungi Nusantara Carpet untuk sebut harga. Oleh itu , pilihlah kami , “Nusantara Carpet , Your Worship Partner”
Oleh itu, pilihlah kami, “Nusantara Carpet, Teman Ibadah Anda”.
Baca Selanjutnya
Click here to read blogs about local and global mosques.
Or wish to explore religious lectures deeper? Read here >>>
Understand the importance of waqf and its tips here >>>



![Pemandangan dewan solat utama dengan pemasangan karpet gred premium berwarna kelabu kebiruan berunsurkan corak saf lurus geometri di Masjid Al-Sultan Abdullah Ri'ayatudin Al-Mustafa Billah Shah Benta, Pahang [nusantaracarpet.com].](https://nusantaracarpet.com/wp-content/uploads/2024/11/hasil-pemasangan-karpet-masjid-al-sultan-abdullah-benta-pahang.webp)




