Pemasangan teliti oleh Pasukan Nusantara
Setiap inci ruang solat diukur dengan teliti bagi memastikan setiap sudut surau dilitupi dengan sempurna tanpa seutas benang terjuntai keluar. Pasukan Nusantara juga memastikan corak karpet kelihatan bersambung secara sempurna tanpa cacat cela. Seperti moto kami ” Nusantara Carpet , Teman Ibadah Anda”


Keselesaan Maksima Untuk Jemaah
Kami juga mementingkan keselesaan para jemaah sewaktu beribadah . Dengan ini , kualiti material yang dipilih menjadi kunci utama dalam proses pengahasilan karpet . Karpet yang kami hasilkan mempunyai kepadatan benang yang tinggi, memberikan tekstur yang sangat lembut dan empuk.


Kelebihan ini amat dirasai terutamanya oleh warga emas, di mana impak pada lutut dapat dikurangkan semasa ruku’ dan sujud. Suasana surau kini bukan sahaja nampak lebih mewah, malah lebih mendamaikan jiwa, membolehkan jemaah menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.
Oleh itu , pilihlah kami , “Nusantara Carpet , Teman Ibadah Anda”








